Bentuk Komunikasi Di
Khalayak
Ø BENTUK-BENTUK
KOMUNIKASI DI KHALAYAK
a. Pidato/Syarahan
b. Perbahasan
c. Forum
d. Ucapan
e. Temuramah
f. Pengacaraan
majlis
g. Taklimat
h. Pengendalian
mesyuarat
i.
Ulasan dan komentar
Ø PIDATO
/ SYARAHAN
ü Pengucapan
yang disampaikan secara individu kepda khalayak untuk menjelaskan dan
menghuraikan sesuatu topik.
ü Mempengaruhi
para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan.
Ø Penyediaan
teks pidato / syarahan
Pembuka Kata
|
Isi atau
amanat
|
·
Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para
hadirin dan pihak-pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan
syarahan yang berkenaan.
|
·
Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan
kepada isi syarahan.
·
Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk syarahan
perlu diberikan dalam bahagian ini.
|
Penutup Isi/amanat
|
Penutup
|
·
Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat
berdasarkan isi yang terdapat dalam syarahan tadi.
|
·
Merupakan bahagian yang terakhir.
·
Dalam bahagian ini, pemidato perlu merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan ribuan ampun
dan maaf serta menyampaikan harapan agar syarahan tadi akan memanfaatkan para
hadirin.
|
Ø ASPEK-ASPEK
PENTING DALAM PENYAMPAIAN SYARAHAN YANG BERKESAN
ü Kelancaran
·
Berkeyakinan tinggi terhadap diri dan
pengetahuan yang sedia ada.
·
Elak menggunakan wacana seperti ‘eh’,
‘em’, atau ‘ya’.
·
Sampaikan syarahan mengikut tempoh
sederhana, elakkan terlalu laju atau perlahan.
Ø Nada
dan Intonasi
ü Suara
sedap didengar dan menarik.
ü Nada
dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang tertentu.
Contohnya:
·
Nada tinggi dan bersemangat: apabila
hendak menarik minat atau perhatian.
·
Nada perlahan: apabila hendak merayu dan
meminta simpati.
·
Nada sederhana tetapi mesra: apabila
memujuk
·
Nada propaganda: apabila hendak
mempengaruhi pendengar.
·
Nada tinggi dan lantang: apabila hendak
membakar emosi pendengar.
Ø Kecekapan
Berbahasa
ü Syarahan
yang berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang tepat dan indah.
ü Ciri-ciri
penggunaan bahasa yang baik:
·
Pemilihan penggunaan yang tepat dan
menggunakan bahasa yang gramatis.
·
Aras bahasa bersesuaian dengan audien.
·
Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan
ke dalam syarahan untuk menarik minat audien. Contohnya: pantun, bahasa kiasan,
peribahasa, dan juga perumpamaan.
·
Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi
emosi dan menarik minat.
·
Penggunaan laras bahasa yang sesuai
dengan tajuk dan audien.
·
Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan
beradab.
Ø Gaya
Penyampaian
ü Gerak
tangan, mata dan badan hendaklah diselaraskan untuk menekankan fakta.
ü Jangan
kaku atau beraksi berlebihan.
ü Mimik
muka ikut penekanan suara iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila gundah,
marah apabila emosi tinggi.
ü Pandang
tepat ke arah audiens untuk mewujudkan ‘eye contact’ yang sesuai.
ü Selitkan
unsur humor dalam penyampaian dan jangan tunjukkan wajah yang terlalu serius.
ü Pakaian
kemas dan sesuai dengan majlis.
Ø PERBAHASAN
ü Syarat-syarat
perbahasan:
·
Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang
peserta utama (seorang ketua dan 2 orang pembantu) dan seorang simpanan.
·
Peserta pertama diberikan masa selama 7
minit.
·
Peserta kedua dan ketiga diberikan masa
selama 6 minit.
·
Penggulung diberikan masa selama 7
minit.
·
Penggulung ialah peserta pertama bagi
setiap pasukan.
·
1 minit sebelum masa tamat, loceng
amaran akan dibunyikan sekali. Apabila masa sudah tamat, loceng akan dibunyikan
2 kali. Markah tidak akan diberikan kepada sebarang hujah yang disampaikan oleh
pembahas setelah loceng penamat dibunyikan.
·
Pembahas tidak dibenarkan mengkritik
peribadi pihak lawan, orang tertentu, agama dan kebudayaan sesuatu kaum
tertentu serta mengemukakan isu-isu sensitif. Markah akan ditolak sekiranya
pembahas melanggar peraturan ini.
·
Pengerusi berhak menegur sesiapa yang
melanggar peraturan-peraturan tersebut. Sekiranya pembahas tidak menghiraukan
tegurannya, pengerusi berhak menghentikan perbahasan pembahas itu.
Ø Ciri-ciri
Pembahas Terbaik
ü Keilmuan
·
Memahami tajuk dengan jelas – isi,
fakta, contoh dan bukti perlu dikuasai.
·
Analisis tajuk dengan teliti.
ü Kecekapan
Berbahasa
·
Disarankan supaya dapat menguasai
tatabahasa dengan baik.
·
Mahir menggunakan bahasa yang
bertatasusila supaya dapat menaympaikan maksud dengan jelas dan tepat.
·
Bahasa yang digunakan mudah difahami dan
tidak mengelirukan.
ü Gaya
Penyampaian
·
Lancer semasa berhujah.
·
Kesesuaian nada dan intonasi
dititikberatkan.
·
Kawal emosi dan pandai sesuaikan mimik
muka serta gerak lakunya dengan keadaan.
Ø PENYEDIAAN
TEKS
ü Persiapan
rapi
·
Persediaan sebelum memulakan ucapan.
·
Kecekapan berbahasa dalam bahasa yang
digunakan.
·
Pengetahuan yang mendalam.
·
Sikap suka bertanya, suka mendengar,
berfikiran kritis.
ü Memancing
pendengar
·
Ucapan dimulakan dengan
ungkapan-ungkapan yang dapat menarik perasaan dan hati para khalayak.
·
Fokus “siapa yang akan hadir”.
ü Mengadun
Maklumat
·
Mengumpul maklumat, data dan statistik.
·
Hubungkaitkan maklumat-maklumat itu.
ü Menfokuskan
kepada tema
·
Penting, tidak lari daripada tema, masa,
dan juga khalayak.
·
Mencari beberapa maklumat daripada
pelbagai sumber.
Ø Mendapatkan
apresiasi dengan tepukan gemuruh
ü Satu
penghargaan daripada pendengar.
ü Perlu
bersedia dengan statistik, anekdot, contoh, perbandingan dan retorik.
ü Jangan
ambil contoh, statistic yang salah dengan tema ucapan.
ü Contohnya:
·
Tema penagih dadah di Malaysia.
(perlu
dapatkan statistik terperinci dari KKM)
Ø Statistik
dan Anekdot
ü Data
yang sebenar (bil/peratus dan tinggi/rendah)
ü Secara
tidak langsung meningkatkan kepercayaan pendengar.
ü Anekdot
merupakan cerita atau peristiwa yang digunakan untuk mengukuhkan lagi ucapan.
Ø Contoh
dan Perbandingan
ü Kita
perlu memberi contoh yang boleh menyentuh perasaan dan lebih kepada perubahan
positif.
Ø Bermain
dengan Retorik
ü Retorik
ialah ungkapan-ungkapan yang diulang-ulang, ditekankan maksud yang hendak serta
dapat menaikkan semangat khalayak yang mendengar.
ü Contohnya:
·
Ketika kempen plihanraya.
·
Perhimpunan “sempena peperiksaan yang
bakal dihadapi pelajar”.
Ø FORUM
ü Sebuah
majlis perbincangan mengenai sesuatu perkara dan persoalan.
ü Khalayak
bertukar-tukar pendapat dengan penceramah.
ü Dikawal
oleh seorang fasilitator.
ü Lazimnya
terdapat tiga atau empat penceramah.
ü Bentuk-bentuk
forum:
·
Forum Panel
·
Forum Perbahasan
·
Forum Temu Ramah
·
Forum Kuliah
·
Forum Simposium
Ø Forum
Panel
ü 3-5
orang.
ü Tajuk
diberikan terlebih dahulu untuk membuat persediaan.
ü Semasa
forum berlangsung, pengerusi mengemukakan persoalan untuk memudahkan
panel-panel membentangkan pendapat mereka.
ü Akhir
forum, pengerusi membuka majlis untuk penonton menanyakan soalan / pandangan.
ü Pengerusi
membuat kesimpulan.
Ø Forum
Perbahasan
ü 4
orang ahli panel.
ü Tajuk
bersifat kontroversial.
ü Tajuk
diberikan terlebih awal kepada panel untuk membuat persediaan.
ü Semasa
forum, panel bergilir-gilir bentang hujah mereka menerusi pengerusi forum.
Ø Forum
Temu Ramah
ü Mirip
kepad aktiviti menemuramah seseorang tokoh.
ü Biasanya,
pakar rujuk dijemput untuk menyampaikan pendapat dan fakta secara spontan
melalui soalan-soalan yang dikemukakan oleh pengerusi.
ü Selepas
itu, sesi soal jawab diadakan antara penonton dengan pakar.
Ø Forum
Kuliah
ü Seorang
pakar dijemput untuk sampaikan kuliah.
ü Selepas
itu, penonton akan berinteraksi sesama sendiri.
Ø Forum
Simposium
ü 3
atau 4 orang ahli.
ü Setiap
ahli diberikan tajuk untuk sediakan kertas kerja.
ü Selepas
itu, bentang kertas kerja secara bergilir-gilir.
ü Pengerusi
membuka majlis soal jawab.
Darksiders Genesis Review - Free Demo PSN Play 188bet 188bet ボンズ カジノ ボンズ カジノ betway login betway login 572bet9ja : tomorrow sure win : casinoinjapan
ReplyDelete