Definisi
Ayat, Binaan Ayat, Pola Ayat Dasar
Ø Ayat
merupakan unsur penting dalam kajian bahasa. Setiap bahasa mempunyai ayat yang
berbagai-bagai bentuk dan bilangan yang tidak terhad. Unsur yang terkandung
dalam ayat ialah klausa dan bilangan klausa dalam sesuatu ayat akan menentukan
jenis ayat tersebut, sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk.
Ø Pada
umumnya, ayat hanya terdiri daripada dua bentuk, iaitu ayat dasar yang disebut
juga sebagai ayat inti dan ayat terbitan. Ayat terbitan ialah ayat yang
dihasilkan daripada ayat dasar melalui proses perluasan, pengguguran dan
penyusunan semula unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu ayat dasar.
Binaan
Ayat:
Ø Struktur
Binaan Ayat:
-
Perkataan
-
Frasa
-
Klausa
-
Ayat
Perkataan:
a. Bentuk
bebas dan terkecil dan boleh berdiri sendiri.
b. Binaan
perkataan tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang
lebih kecil.
c. Perkataan
boleh digolong kepada dua:
-
Perkataan utama
-
Perkataan bukan utama
Frasa:
a. Unit
yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya
satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau
lebih.
b. Binaan
daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unik yang
mengandungi dua perkataa atau lebih.
-
Contoh: burung, seekor burung, burung merpati,
seekor anak burung merpati
Klausa:
a. Satu
unit rangkaian yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen
kepada ayat.
b. Klausa
terbahagi kepada dua iaitu klausa bebas dan klausa tidak bebas.
-
Klausa bebas: dapat berdiri sendiri dan
bersifat secara ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna.
-
Klausa tidak bebas: klausa yang tidak
dapat berdiri dengan sendiri kerana maknanya bergantung kepada klausa bebas.
Ayat:
a. Satu
unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa dan mengandungi
tatabahasa yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan
kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.
b. Ayat
terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang disebut ayat dasar dan ayat
terbitan.
c. Setiap
ayat, baik ayat dasar mahupun ayat terbitan mengandungi pelbagai jenis dan
ragam ayat. Seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat
majmuk, ayat aktif, ayat pasif dan sebagainya.
d. Unsur
dan konstituen yang terkandung dalam ayat ialah klausa, dan bilangan kalusa
yang terkandung dalam suatu ayat akan menentukan jenis ayat tersebut, iaitu
sama ada jenis, ayat tunggal atau ayat majmuk.
e. Ayat
tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa, contohnya:
-
Anak itu lapar.
-
Selendang itu untuk kakak.
f. Ayat
majmuk lebih daripada satu klausa, contohnya:
-
Anak itu lapar kerana belum diberi susu.
-
Selendang ini untuk kakak manakala
songkok itu untuk ayah dan baju ini untuk adik.
Rumusan:
-
Ayat – kucing gemuk itu sedang makan.
-
Klausa – kucing gemuk itu sedang makan.
-
Frasa – kucing gemuk itu | sedang makan.
-
Perkataan – kucing | gemuk | itu |
sedang | makan |
Pola
Ayat Dasar:
Ø Menurut
Tatabahasa Dewan, ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi
pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat pelbagai
jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, dan dari segi panjang pendeknya
dalam sesuatu bahasa, namun jika dikaji asas binaannya maka semua ayat itu
boleh dikesan rangka dasarnya sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu.
Ø Dalam
bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis, dengan
berpandu pada jenis-jenis unsur yang hadir sebagai konstituen ayat-ayat itu
(jenis-jenis subjek dan predikatnya). Konstituen subjek, pada umumnya, diisi
oleh frasa nama, sementara konstituen predikat pula diisi oleh empat jenis
unsur yang berbeza, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif
(FA) dan frasa sendi nama (FSN). Empat jenis unsur pengisi konstituen predikat
inilah yang menubuhkan empat jenis pola ayat dasar bahasa Melayu seperti yang
berikut:
i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS)
Frasa
-
Frasa ialah unit tatabahasa yang boleh
terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu atau dua
perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.
-
Frasa menjadi subjek atau predikat dalam
binaan ayat serta menjadi konstituen
atau binaan kepada klausa.Frasa terbahagi kepada empat, iaitu frasa
nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
-
Dalam setiap frasa ada perkataan yang
yang dikenali sebagai inti frasa, iaitu perkataan yang paling penting dalam
frasa. Contoh (berdasarkan Pola FN+FN) :
Kakak saya seorang pramugari =
Kakak pramugari
Di sini ‘kakak’ dan ‘pramugari’
adalah inti frasa kepada kedua-dua pola tersebut.
Ø Jenis
perkataan yang menjadi inti frasa menentukan sama ada ia menjadi frasa nama,
frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.
Frasa
Nama (FN):
Ø Frasa
Nama yang terbentuk daripada sederetan perkataan mempunyai dua jenis hubungan
antara perkatan-perkataan ini :
a)
inti dan penerang
Contoh : Guru sekolah
menengah itu sedang menasihati murid-muridnya (FN+FK)
Guru - inti ; sekolah
menengah itu - penerang
b)
inti dan inti.
Contoh : Ibu bapa perlu
mendidik anak (FN+FK)
Ibu - inti ; bapa - inti.
Ø Dalam
binaan frasa nama, penyusunan setiap konstituen amat pentng untuk menentukan
sama ada frasa nama itu digunakan dengan betul atau tidak. Oleh itu, peraturan
Hukum D-M, penggunaan kata bilangan serta panggilan dan penerang mestilah
sesuai dalam frasa nama.
Frasa
Kerja (FK):
Ø Frasa
kerja terbina daripada satu perkataan sahaja (iaitu terdiri daripada kata kerja
tak transitif) atau sederetan perkataan yang menjadi unsur predikat dalam ayat.
Binaan frasa kerja terbahagi kepada dua:
a. Frasa
kerja yang tidak mengadungi objek dan tidak memerlukan kata
nama
sebagai penyambung untuk melengkapkannya. Kata kerja di sini ialah kata kerja
tak transitif.
Contoh
: Adik menangis (FN+FK)
b. Frasa
kerja yang mengandungi objek selepas kata kerja untuk
melengkapkan
frasa ini. Kata kerja di sini ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek
yang terdiri daripada kata nama. Objek berkenaan boleh diikuti oleh penerang.
Contoh
: Saya menangkap burung gagak di hutan. (FN+FK) ;
burung gagak - objek
di hutan - penerang
Frasa
Adjektif (FA):
Ø Frasa
adjektif boleh terbina daripada satu perkataan atau sederetan perkataan yang
mengandungi kata adjektif sebagai inti. Frasa adjektif adalah unsur predikat
dalam binaan ayat atau sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam
predikat yang hadir selepas kata kerja.
Manakala sebagai kata penerang, kata adjektif hadir selepas kata nama.
Ø Binaan
frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan sahaja adalah seperti
malas, muram, dan kosong. Frasa adjektif juga boleh dibahagikan kepada dua
golongan:
a. Kombinasi
dua kata adjektif yang menekankan beberapa unsur:
·
keserasian makna. Contoh : cantik molek, penat lelah
·
makna berlawanan. Contoh : baik buruk,
kecil besar
·
keindahan bunyi ritma. Contoh : lemah
longlai, kusut masai
b. Binaan
frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif sebagai inti dan kata nama
sebagai penerang. Ia membawa dua maksud
·
keserupaan. Contoh : merah darah , hijau
daun
·
kiasan. Contoh : panjang tangan, besar
kepala
Ø Dalam
frasa adjektif, kata penguat boleh hadir dalam beberapa keadaan:
·
Di hadapan : paling degil, amat bijak
·
Di belakang : murah sekali, cepat benar
·
Secara bebas : amat cantik, cantik amat.
·
Secara berderetan : sungguh berani
sekali, belum cerdik lagi
Ø Dalam
susunan ayat biasa, frasa adjektif hadir sebagai predikat, sebagai kata
keterangan selepas kata kerja dan penerang selepas frasa nama. Dalam susunan
ayat biasa, frasa adjektif boleh mengalami susunan songsang.
-
Contoh :Rumah Ani amat besar sekali à Amat besar sekali rumah Ani
Frasa
Sendi Nama (FSN):
Ø Frasa
sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu sendi nama dan
frasa nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama itu. Dalam binaan ayat
biasa, frasa sendi nama menjadi predikat dalam ayat.
Ø Frasa
sendi nama boleh dibentuk melalui empat cara :
Ø Sendi nama
dan frasa nama. Contoh : di pasar
Ø Sendi nama,
kata nama arah dan frasa nama. Contoh : di tepi pasar
Ø Sendi nama,
kata nama arah, frasa nama dan ayat komplemen. Contoh : ke dalam hutan untuk
menangkap rusa.
(binaan ketiga ini memperlihatkan kita bahawa unsur
kata nama arah dan ayat komplemen merupakan unsur pilihan)
Ø Sendi nama,
kata nama arah, frasa nama dan frasa keterangan. Contoh : di selatan negeri
China pada tiap-tiap bulan.
(binaan keempat ini memperlihatkan unsur keterangan
bersifat pilihan)
* Pola 1:
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini
menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan Frasa Nama ( FN ) sebagai
prekikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FN ) :
Ahmad ialah guru.
Ahmad merupakan frasa nama begitu juga dengan
guru.Ayat tersebut tidak menjadi terbitan kerana tidak mempunyai imbuhan.
* Pola 2:
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini
menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan Frasa Kerja ( FK ) sebagai
prekikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FK ) :
Ahmad berlari.
Ahmad merupakan frasa nama manakala berlari
merupakan frasa kerja iaitu
daripada kata dasar lari.
* Pola 3:
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini
menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan Frasa Adjektif ( FA ) sebagai
prekikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FA ) :
Ahmad tinggi.
Ahmad merupakan frasa nama manakala tinggi merupakan
kata adjektif atau pun kata sifat iaitu sifat Ali yang tinggi.
* Pola 4:
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)
Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini
menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan Frasa Sendi Nama ( FSN )
sebagai prekikat.
Contah ayat bagi pola ( FN+FSN ) :
Rumahnya disebelah balai Polis.
Rumah merupakan frasa nama manakala di merupakan
kata sendi
nama. Manakala balai polis hanyalah prediket ayat.
Ø Ayat
dasar ini juga mengandungi beberapa ciri iaitu,boleh terdiri dari satu klausa
utama sebagai satu susunan biasa.Ini kerana ayat dasar terdiri dari satu subjek
dan satu predikat.Ayat dasar juga bertindak sebagai ayat penyata bagi
menyatakan sesuatu.Selain itu,ayat dasar juga bertindak sebagai ayat aktif.Ayat
dasar ini biasanya adalah ayat yang ringkas maka ayat ini berpotensi untuk
diperluaskan.Ayat ini juga tidak mempunyai kata hubung yang menyambung antara
dua ayat.
No comments:
Post a Comment