Bentuk
dan Jenis Kesantunan
Kesantunan:
-
Verbal
-
Nonverbal
-
Penulisan
-
Teknologi
Kesantunan
Verbal:
Ø Kesantunan
berbahasa dari segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan.
Ø Dalam
percakapan, seseorang perlu bersikap santun, iaitu sikap yang berkait rapat
dengan upaya untuk melakukan penyesuaian penggunaan kata atau ungkapan yang
sesuai dengan situasi. Penyesuaian tersebut sebenarnya digunakan untuk menjaga
wajah yang berfungsi sebagai kehormatan seseorang.
Ø Terdapat
lima jenis komunikasi lisan atau verbal yang lazimnya melibatkan tugas guru di
sekolah, iaitu perbincangan, pembentangan, ucapan, mesyuarat dan perbualan.
Ciri-ciri
Kesantunan Verbal:
Ø Penggunaan Bahasa Halus.
Contoh: terima kasih, selamat pagi, jemput duduk, minta kerjasama.
Ø Penggunaan Kata Ganti Nama.
Contoh: kata ganti nama diri pertama (saya), kata ganti nama diri kedua
(beliau), kata ganti nama diri ketiga (mereka).
Kata
Ganti Nama Bahasa Diraja:
Ø Kata Kekeluargaan. Contoh:
anakanda, ayahanda, bonda
Ø Kata Ganti Nama Diri Pertama. Contoh:
Beta, Patik
Ø Kata Ganti Nama Diri Kedua. Contoh:
Tuanku
Ø Kata Ganti Nama Diri Ketiga. Contoh:
Baginda, Duli Tuanku
Kata
Ganti Nama Orang Kebanyakkan:
Ø Kata Ganti Nama Keluarga.
Contoh: long, ngah, lang, busu
Ø Gelaran Keluarga.
Contoh: paklong, maklong, pak ngah
Ø Gelaran Pergaulan Biasa.
Contoh: cik, puan, encik
Ø Gelaran Pergaulan Formal.
Contoh: tuan, puan, encik, cik, saudara, saudari
Ø Gelaran Warisan.
Contoh: Raja, Tunku, Tuanku
Ø Gelaran Anugerah.
Contoh: Tan Sri, Datuk Seri, Datuk Paduka
Ø Gelaran Kurniaan Ikhtisas.
Contoh: Profesor, Proser Diraja, Doktor, Cikgu
Ø Gelaran Keagamaan. Contoh: Haji,
Hajah, Labai
Ø Gabungan Gelaran.
Contoh: Pak Haji, Puan Hajah
Cara
menghormati orang lain melalui percakapan (verbal):
Ø Memberi
layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada orang lain.
Ø Menghargai
pendapatan dan percakapan orang lain.
Ø Tidak
memperkecilkan atau merendah-rendahkan kebolehan orang lain.
Ø Mewujudkan
persefahaman.
Ø Melatih
diri supaya berkelakuan sopan.
Ø Menjaga
perasaan orang lain.
Kesantunan
Nonverbal:
Ø Merujuk
kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat.
Ø Konsep
kesantunan berbahasa nonverbal merujuk kepada semua perlakuan yang tidak
menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.
Ø Sebagai
contoh, nonverbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan
buku.
Fungsi
Komunikasi Bukan Verbal:
Ø Mengulangi
mesej verbal.
Ø Sebagai
pengganti komunikasi verbal.
Ø Mengesahkan
komunikasi verbal.
Ø Menunjukkan
maksud atau keadaan sebenar.
Ø Sebagai
pelengkap komunikasi verbal.
Ø Kawal
interaksi.
Jenis
Kesantunan Bukan Verbal:
Ø Pergerakkan
anggota badan – dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pergerakkan kepala,
tangan dan kaki.
Ø Ekspresi
wajah – contohnya air muka, pergerakkan mata, dan senyuman.
Ø Postur
badan – contohnya menundukkan badan, cara berjalan, berdiri dengan tangan
dipoket seluar dan duduk menyilang kaki.
Kesantunan
Lisan:
Ø Komunikasi
lisan. Dikenali sebagai komunikasi verbal.
Ø Kebaikannya,
mengeratkan silaturrahim antara sesama manusia dan menjalinkan hubungan
peribadi antara dua pihak.
Ø Kesantunan
dalam komunikasi lisan melibatkan: penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan
halus dan penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila.
·
Penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh
badan dapat didengar dan dilihat serta-merta.
·
Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan
yang perlu diambil perhatian ialah:
ü Ciri-ciri
sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan.
ü Pemilihan
kata dan ayat yang sopan dan halus.
ü Penggunaan
kata sapaan yang betul dan sesuai.
ü Penggunaan
system panggilan yang betul.
ü Gaya
hidup yang sesuai.
ü Isi
perbincangan yang tidak sensitif.
·
Dari segi bahas tubuh badan, aspek-aspek
kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:
ü Gaya
percakapan yang bersopan.
ü Pandangan
mata yang sesuai.
ü Gerak
laku yang bertatasusila.
ü Mimik
muka (eskpresi wajah) yang sensitive.
ü Hayunan
tangan yang sesuai.
ü Imej
sendiri.
·
Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya
haruslah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang
berkenaan.
·
Dalam semua suasana dan urusan kami,
kesantunan bahasa haruslah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa
secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, sosialinguistik mahupun
pragmatiknya.
·
Maksud:
-
Linguistik
- ilmu tentang bahasa atau ilmu yang menjadikan bahasa sebagai objek kajiannya.
-
Sosialinguistik
-
antara disiplin ilmu yang menghubungkan antara penggunaan bahasa dengan budaya
yang mempengaruhinya.
Komunikasi
secara lisan:
-
Rasmi
/ Formal – mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum dan lain-lain.
-
Tidak
Rasmi / Tidak Formal – perbualan telefon, perbualan di kedai
kopi, perbualan di majlis kenduri dan lain-lain.
Ø Komunikasi
lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi
penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku.
Ø Sebagai
contoh untuk urusan jual beli di pasar atau kedai makan masih prlu dijaga
kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa.
Ø Dalam
keadaan itu lebih baik digunakan saja sapaan yang neutral seperti ‘cik’ atau
‘saudari’ atau ‘encik’ dan ‘saudara’.
Ø ‘Encik’
dan ‘Puan’ lebih wajar digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak kita
kenal.
·
Bahasa yang digunakan perlulah menepati
sopan yang berkaitan dengan sistem sosial.
·
Sebagai contohnya, penggunaan kata ganti
dan kata panggilan hormat serta pangkat haruslah menurut system yang telah
disahkan oleh pihak berkuasa.
-
Kata ganti diri ialah perkataan yang
digunakan untuk merujuk diri sendiri seseorang.
Kata Ganti Nama Diri
|
Bahasa Santun
|
Bahasa Kasar
|
Pertama
|
Saya, kami
|
Aku
|
Kedua
|
Anda, awak
|
Engkau, kamu
|
Ketiga
|
Dia, beliau, mereka
|
Keparat itu
|
Kesantunan
Penulisan:
Ø Komunikasi
bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk
lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang.
Ø Kesantunan
berbahasa juga dapat dilihat dalam bahan bertulis.
Ø Komunikasi
penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi
rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal.
Ø Bentuk
komunikasi secara formal ialah:
a. Surat
kiriman rasmi
b. Laporan
c. Kertas
kerja
d. Ucapan
rasmi
e. Pidato
f. Minit
mesyuarat
Ø Bentuk
komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada rakan,
ahli keluarga, ibu bapa dan lain-lain.
Ø Dalam
bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah:
a. Penggunaan
kata panggilan yang betul
b. Kata
sapaan yang betul
c. Gaya
bahasa yang betul
d. Pemilihan
kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
e. Isi
yang tidak sensitif
Strategi
Kesantunan Negatif / Formal:
ü Penutur
menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan
tindakannya.
ü Biasa
berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara atasan dengan bawahan
dan antara orang muda dengan orang yang lebih tua.
Strategi
Kesantunan Positif / Keakraban:
ü Penutur
melakukan FTA dengan cara menjaga positif pendengar.
ü Biasa
digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan
akrab.
Protokol
Pnggilan Hormat:
Pangkat /
Gelaran
|
Cara
Mengalamatkannya
|
Yang di-Pertuan Agong
|
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang
Dipertuan Agong
|
Yang di-Pertua Negeri
|
Tuan Yang Terutama
|
Raja Muda / Tengku Mahkota
|
Duli Yang Teramat Mulia
|
Perdana Menteri
|
Yang Amat Berhormat
|
Timbalan Perdana Menteri
|
Yang Amat Berhormat
|
Menteri Besar / Ketua Menteri
|
Yang Amat Berhormat
|
Menteri / Timbalan Menteri
|
Yang Berhormat
|
Wakil Rakyat / ADUN
|
Yang Berhormat
|
Ahli Dewan Negara / Senator
|
Yang Berhormat Senator
|
No comments:
Post a Comment