ASAL
USUL BAHASA MELAYU
Teori Yunan
v Teori yang lebih popular.
v Dinamakan juga sebagai Teori
Affinites Gendang Dongsong – dikemukakan oleh H.Kern dan R.H Geldern.
v Orang melayu dikatakan
datang ke Kepulauan Melayu menerusi 3 gelombang yang utama:
(a) Orang Negrito
v Menurut pendapat Asmah Haji
Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu
(Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk
asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung
Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini diperkirakan
telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam gua dan
mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat
daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah
sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit,
telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai,
Semai, dan sebagainya.
(b) Melayu-Proto
v Berdasarkan pendapat yang
mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan
tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian
dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju
sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat
bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan
mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman
Batu Baru.
(c) Melayu-Deutro
v Perpindahan penduduk yang
kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada
tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang
lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan
logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi.
Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar
hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini.
v Kedatangan orang
Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang
Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang
berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara
berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi
pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran
sungai dan lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang.
Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih
seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua
agama. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme.
1.1.1 Berasal dari Asia Tengah
v R.H. Geldern ialah seorang
ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for
Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana
yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua
(beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di
sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk
dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan
Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang
Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini.
v H.Kern ialah seorang ahli
filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa
Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang
digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu.
Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini
terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di
Lautan Pasifik . Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan,
nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya
itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk
yang ada di Asia.
v Dua orang sarjana Melayu,
iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas.
Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa,
sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk
bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih
terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan
Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan.
Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada
pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan
bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian
adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa
bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik,
bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno
itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.
1.1.2 Berasal dari Nusantara
v Seorang sarjana Inggeris
bernama J.Crawford telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di
Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa
asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau
Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu).
Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang
terdapat di Nusantara ini.
v J.Crawford menambah hujahnya
dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf
kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat
dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya.
v (b) Bahasa Jawa ialah bahasa
tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain. K.Himly, yang mendasarkan
kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai
bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa
Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W.
Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan
kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang
terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.
v Sutan Takdir Alisjahbana,
ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia (Julai 1987)
menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu
Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan
sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu.
Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno:
v
Perkataan yang digunakan bercampur aduk dengan perkataan Sanskrit.
v
Kesejajaran bunyi-bunyi yang terdapat dalam kata-kata bahasa Melayu kuno
dengan bahasa Melayu sekarang, iaitu b/w cth bulan-wulan.
v
Digunakan sebagai kata kerja pasif.
v
Awalan mar dalam BMK membawa maksud ber , misalnya berlepas-marlapas.
v
Bunyi e pepet tidak wujud.Vokal ini digugurkan atau digantikan dengan vokal
a contohnya lepas - lapas, sepuluh-sapuluh, dengan - dgan @ dangan.
v
Banyak terdapat konsonan yang diaspirasikan dalam bahasa Melayu kuno
disebabkan pengaruh daripada bahasa Sanskrit, contohnya dh -
sukhatshitta, sh -shuklapaksa, th - gh -
laghu.
Peralihan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu ke Bahasa Melayu Klasik:
v
Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di
Asia Tenggara pada abad ke-13.
v
Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata,
struktur, ayat dan tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat yang
penting:
v Peralihan ini dikaitkan
dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad
ke-13
v Selepas itu, bahasa Melayu
mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
a. batu bersurat di Pagar Ruyung,
Minangkabau (1356)
b. Batu bersurat di Minye Tujuh,
Acheh (1380)
c. batu bersurat di Kuala Berang,
Terengganu (1303-1387)
Bahasa Melayu Klasik dibahagikan kepada 3:
v Zaman kerajaan Melaka
v Zaman kerajaan Acheh
v Zaman kerajaan Johor-Riau
Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik:
v Ayat yang panjang, berulang,
dan berbelit belit.
v Mempunyai banyak ayat pasif
dan songsang.
v Menggunakan kosa kata klasik
seperti ratna mutu manikam, sahaya, masyghul.
v Banyak menggunakan perdu
perkataan spt. sebermula, alkisah, hatta, adapun.
v Banyak menggunakan partikel
pun dan lah.
Ciri-ciri Bahasa Melayu Moden:
v Bahasa Melayu moden bermula
pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis,
Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai
permulaan zaman bahasa Melayu moden.
v
Sebelum penjajahan British, Bahasa Melayu mencapai kedudukan yang
tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan
bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
v Selepas Perang Dunia Kedua,
British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam
sistem pendidikan.
No comments:
Post a Comment