Frasa
dan Klausa
DEFINISI
FRASA DAN KLAUSA
Ø Frasa
ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk
diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih (Lokman Abd Wahid dalam Dr Ali
Mahmood et al, 2004:99). Binaan Frasa tidak mengandungi subjek dan predikat.
Dalam susunan tatabahasa, frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun
konstituen kepada frasa itu sendiri. Frasa terdiri daripada frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Klausa pula ialah satu unit
rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi
konstituen ayat (Lokman Abd Wahid dalam Dr Ali Mahmood et al, 2004:99). Klausa
terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri
sebagai ayat lengkap, manakala klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat
berdiri sendiri kerana maknanya bergantung kepada klausa bebas.
PROSES
PEMBENTUKAN FRASA DAN KLAUSA
Ø Proses
pembentukan frasa berlaku apabila wujudnya urutan penempatan jenis kata atau
frasa dalam frasa (Ahmad Khair Mohd Nor, 2003:24). Urutan atau susunan kata ini
seterusnya akan membentuk frasa. Urutan kata ini sangat penting kerana
perbezaan susunan kata boleh menyebabkan makna frasa tersebut berubah. Sebagai
contoh, frasa 'tahun tiga' adalah tidak sama maknanya dengan frasa 'tiga tahun'.
Ø Disamping
itu, dalam susunan tersebut juga dimasukkan fungsi kata atau frasa sebagai
pembentuk frasa tersebut (Ahmad Khair Mohd Nor, 2003:25). Sebagai contoh, frasa
'rumah itu' terdiri daripada kata 'rumah' dan kata 'itu'. Kata 'rumah' merujuk
kata nama yang berfungsi sebagai inti, dan kata 'itu' merujuk kata ganti tunjuk
yang berfungsi sebagai penerang kepada kata 'rumah'. Inti adalah unsur wajib
dalam frasa dan merupakan pusat dalam satu frasa. Penerang inti pula tersiri
daripada satu atau sekumpulan kata yang memberi maklumat lanjut tentang inti.
Oleh yang demikian, secara mudahnya dapatlah diterangkan bahawa frasa terbentuk
dengan adanya inti dan penerang kepada inti tersebut.
Ø Tuntasnya,
frasa terbentuk dengan adanya urutan penempatan jeis kata dalam sesuatu frasa.
Susunan ini terdiri daripada inti dan penerang, yang mana inti adalah unsur
wajib yang perlu ada dalam sesebuah frasa dan perlu disertai dengan penerang
yang akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang inti.
Ø Bagi
klausa pula, klausa terbentuk dengan adanya subjek dan predikat dalam satu
rangkai kata. Sebagai contoh, 'dia belum datang'. Subjek bagi klausa tersebut
ialah 'dia', manakala predikatnya ialah 'belum datang'. Susunan ini jelas
sekali menunjukkan bagaimana sesebuah klausa itu terbentuk, iaitu dengan adanya
subjek dan predikat di dalamnya.
Ø Secara
ringkasnya, klausa adalah binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat
dalam satu rangkai kata. Namun begitu, klausa adalah berbeza dengan ayat.
Klausa hanya berfungsi sebagai konstituen kepada ayat.
FUNGSI
FRASA DAN KLAUSA
Ø Frasa
dan klausa mempunyai fungsinya tersendiri dalam sesebuah ayat. Frasa seperti
yang kita ketahui terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan
frasa sendi nama. Frasa-frasa ini merupakan komponen utama dalam sesebuah ayat.
Frasa nama misalnya, boleh menjadi subjek dan predikat dalam ayat, sementara
frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama berfungsi sebagai predikat
yang melengkapkan sesebuah ayat. Oleh yang demikian, fungsi frasa adalah
sebagai subjek dan predikat kepada ayat.
Ø Selain
itu, frasa juga berfungsi untuk menentukan pola ayat dengan kehadirannya dalam
sesebuah binaan ayat. Dalam bahasa Melayu, binaan ayat terdiri daripada empat pola
yang utama, iaitu :
i. Frasa Nama + Frasa Nama
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Ø Oleh
yang demikian, dengan wujudnya frasa, kita dapat menentukan kedudukan frasa
tersebut dalam sesebuah ayat melalui pola-pola ayat yang wujud. Dalam bahasa mudahnya, apabila kita tahu
kategori frasa tersebut, maka kita akan dapat tahu dimanakah frasa tersebut
perlu diletakkan.
Ø Selain
itu, frasa juga berfungsi sebagai objek atau penyambut kepada kata kerja
transitif dalam binaan ayat . Hal ini terbukti kerana menurut aturan bahasa,
objek atau penyambut haruslah terdiri daripada frasa nama. Ini jelas sekali
menunjukkan fungsi frasa sebagai objek atau penyambut dalam sesebuah ayat.
Ø Bagi
klausa pula, klausa berfungsi sebagai konstituen kepada ayat. Konstituen adalah
unsur bahasa yang merupakan satu bahagian daripada satuan bahasa yang lebih
besar. Sebagai contoh, dalam ayat 'Wanita itu menyiram pokok bunga dan suaminya
membasuh kereta. Dalam ayat tersebut terdapat dua klausa, iaitu 'wanita itu
menyiram pokok bunga' dan 'suaminya membasuh kereta'. Kedua-dua klausa ini
apabila digabungkan, maka ayat tersebut terdiri daripada subjek; 'Wanita itu'
dan predikatnya; menyiram pokok bunga dan suaminya membasuh kereta'. Dalam hal
ini, klausa suaminya membasu kereta menjadi predikat ayat dan menjadi bahagian
daripada klausa 'wanita itu menyiram pokok bunga'.
Ø Selain
itu, klausa juga berfungsi untuk membezakan fungsi sintaksis seperti subjek,
predikat, objek, pelengkap dan keterangan. Dengan wujudnya klausa, kita akan
lebih mudah mengenal pasti perbezaan unsur-unsur sintaksis. Dengan ini jelaslah
fungsi klausa dalam bahasa, iaitu sebagai konstituen dalam ayat dan juga
berfungsi untuk membezakan fungsi sintaksis.
Ø Frasa
ialah sekumpulan perkataan. Pendeta Za'ba menyebutnya sebagai rangkai kata.
Tetapi , satu perkataan pun boleh menjadi frasa.
Ø Contoh:
burung
tiga ekor burung
tiga ekor anak burung helang
ketua
ketua kampung
seorang ketua kampung
tiga orang ketua kampung seberang
Ø Klausa
ialah ayat dalam ayat. Pendeta Za'ba memanggilnya ayat kecil . Oleh itu klausa
mempunyai subjek dan predikat.
Ø Contoh:
Ayah pergi ke laut menangkap ikan
dan emak bekerja di kilang elektronik.
Ayat 1 : Ayah pergi ke laut
menangkap ikan.
Ayat 2 : Emak bekerja di kilang
elektronik
Kata hubung : Dan
No comments:
Post a Comment