Pembentukan
Kata Nama Bahasa Melayu
·
Kata Nama Tunggal:
-
Ialah perkataan yang terdiri daripada
satu morfem bebas dan tidak mengalami pengimbuhan, pergandaan, dan pemajmukan.
-
Contohnya:
Dunia
|
Zoo
|
wanita
|
kampung
|
Keris
|
Garam
|
tudung
|
belantara
|
Keldai
|
Negeri
|
pagar
|
demokrasi
|
gong
|
Dam
|
lengkuas
|
malaikat
|
·
Jenis Kata Tunggal:
-
Bentuk Kata Tunggal Satu Suku Kata
1. KV={yu,ru,ya}
2. VK={am}
3. KVK={cat,wang,bah}
4. KKVK={stor,gred,skor}
5. KVKK={teks,bank,zink}
6. KKKVK={skrip,spring,straw}
-
Bentuk Kata Nama Tunggal Dua Suku Kata
1. V
+ KV = {aku,apa,ubi}
2. V
+ VK = {air,aur,ais}
3. V
+ KVK = {adik,emas,ubat}
4. VK
+ KV = {undi,impi,angkan}
5. VK
+ KVK = {ambil,umpan,angkat}
6. KV
+ V = {dua,doa,tua}
7. KV
+ VK = {jauh,tuah,buah}
8. KV
+ KV = {jala,pasu,buku}
9. KV
+ KVK = {kapal,telur,sikat}
10. KVK
+ KV = {lampu,binti,tunggu}
11. KVK
+ KVK = {bangsal,bintang,tampung}
-
Bentuk Kata Tunggal Tiga Suku Kata
1. KV
+ V + KV = {cuaca,suara,tuala}
2. KV
+ V + KVK = {biawak,piutang,ziarah}
3. V
+ KV + V = {usia,idea,urea}
4. KV
+ KV + V = {semua,mulia, kaedah}
5. KVK
+ KV + V = {tempua,mentua,sempua}
6. KV
+ KV + VK = {keruan,seluar,haruan}
7. KVK
+ KV + VK = {mengkuang,mendiang,berlian}
8. V
+ KV + KV = {udara,utama,irama}
9. V
+ KV + KVK = {ijazah,amanah,aqidah}
10. VK
+ KV + KV = {asmara,antara,isteri}
-
Bentuk Kata Tunggal Empat Suku Kata Atau
Lebih
1. KV
+ KV + VK + KV = {keluarga,biduanda}
2. KV
+ KVK + KV + KV = {sederhana,sayembara}
3. KVK
+ KV + KV + KV = {laksamana,sandiwara}}
4. KVK
+ KV + V + KV = {sentiasa}
5. KV
+ KV + KV + KV = {bidadari,serigala}
6. KV
+ KV + KV + KVK = {munasabah,hulubalang}
·
Bentuk Kata Akronim
1. Tergolong
dalam kata tunggal.
2. Akronim
boleh ditulis dalam tiga cara.
·
Gabungan beberapa huruf awal rangkai
kata
-
Contoh:
-
ABIM – Angkatan Belia Islam Negara
-
IKIM – Institut Kemahiran Islam Malaysia
-
ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri
·
Gabungan suku kata dengan huruf awal /
gabungan suku kata dengan suku kata
-
Contoh:
-
Mara – Majlis Amanah Rakyat
-
Perkim – Pertubuhan Kebajikan Islam
Malaysia
-
Bernama – Berita Nasional Malaysia
·
Gabungan suku kata dengan suku kata
(ditulis dengan huruf kecil kesemuanya)
-
Contoh:
-
tabika – taman bimbingan kanak-kanak
-
kugiran – kumpulan gitar rancak
-
cerpen – cerita pendek
·
Kata Nama Terbitan:
-
Kata nama terbitan wujud apabila kata
nama am diberi imbuhan.
-
Imbuhan yang membentuk kata nama
terbitan boleh diletakkan.
Di awal kata
(awalan)
|
Di akhir kata
(akhiran)
|
Di awal dan di
akhir kata (apitan)
|
Di pertengahan
kata (sisipan)
|
·
Contoh-contoh imbuhan:
di awal kata
|
pe-, pem-, pen-, peng-, penge-, per-,
dan ke- di akhir kata
|
di akhir kata
|
-ita, -man, -wati, -an, dan -wan
|
di awal dan di akhir kata
|
Per-…-an, penge-…-an, peng-…-an,
pen-…-an, pem-…-an, per-…-an, dan ke-…-an
|
·
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk
dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu:
Kelas Kata
|
Kata Dasar
|
Kata Terbitan
|
Kata Kerja
|
Peraga
Latih
Bawa
Lawan
|
Peragawati
Latihan
Pembawaan
Perlawanan
|
Kata Sendi
|
Oleh
Untuk
|
Perolehan
Peruntukkan
|
Kata Nama
|
Lombong
Rumah
Guru
|
Perlombongan
Perumahan
Perguruan
|
Kata Adjektif
|
Cantik
Besar
Tinggi
|
Kecantikan
Pembesar
Ketinggian
|
·
Kata Terbitan Bersisipan:
-
Wujud dalam Kata Nama, Kata Adjektif dan
Kata Kerja.
-
Contoh:
a. Sisipan
kata nama
-el- (kelengkeng,telunjuk,kelabut)
-er- (keruping,seruling,serabut)
b. Sisipan
kata adjektif
-el- (kelebek,selerak,gelembung)
-er- (gerodak)
-em-(gemilang,semerbak,gemerlap)
-in-(sinambung)
c. Sisipan
kata kerja
-el- (jelajah,gelegak)
·
Kata Majmuk:
-
Perkataan yang dibentuk dengan
merangkaikan dua kata dasar atau lebih.
-
Perkataan yang terhasil membawa makna
tertentu, bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah.
-
Contoh:
1. Kerusi
malas
2. Biru
laut
3. Terima
kasih
4. Telefon
dail terus
-
Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada
frasa.
-
Dua perkataan digabungkan menjadi kata
majmuk bertindak sebagai satu unit dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan.
-
Contoh: Antara rumah batu, tidak dapat
disisipkan. Perkataan yang (*rumah
yang batu) atau perkataan dan
(*rumah dan batu)
·
Bentuk-bentuk Kata Majmuk:
-
Kata majmuk rangkai kata bebas
-
Kata majmuk istilah khusus
-
Kata majmuk simpulan bahasa atau kiasan
·
Kekecualian Bentuk Kata Majmuk:
-
Kata ini dieja sebagai satu perkataan
walaupun sebenarnya terdiri daripada dua kata dasar.
-
Bentuk ini dianggap sudah mantap dan
disenaraikan seperti berikut:
apabila
|
apahal
|
apakala
|
antarabangsa
|
beritahu
|
bagaimana
|
bumiputra
|
darihal
|
kakitangan
|
dukacita
|
jawatankuasa
|
daripada
|
kerjasama
|
kadangkala
|
padahal
|
persuruhjaya
|
manalagi
|
manakala
|
matahari
|
setiausaha
|
sukarela
|
sukaneka
|
suruhanjaya
|
tanggungjawab
|
·
Pandangan Kata Majmuk:
-
Apabila kata majmuk digandakan hanya melibatkan
unsur pertama sahaja.
-
Bagi kata majmuk yang terdiri daripada
simpulan bahasa dan bentuk yang telah mantap, penggandaan melibatkan seluruh
unsurnya seperti berikut:
1. jam-jam
tangan
2. jalan-jalan
raya
3. persuruhjaya-persuruhjaya
4. warganegara-warganegara
5. timbalan-timbalan
pengarah
·
Kata Ganda:
-
Kata dasar yang mengalami proses
pengulangan.
-
Berlaku dalam dua cara, iaitu yang
melibatkan seluruh kata dasar dan pengulangan yang melibatkan sebahagian kata
dasar sahaja.
-
Semua golongan kata yang terdiri
daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas dapat embentuk
kata ganda.
·
Jenis Kata Ganda:
-
Penggandaan penuh
-
Penggandaan berentak
-
Penggandaan separa
·
Penggandaan Penuh
-
Penggandaan penuh ialah proses menggandakan
keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar itu berimbuhan atau tidak.
-
Contoh:
a. Cantik-cantik
b. Penderma-penderma
c. Jalan-jalan
d. Bangunan-bangunan
e. Orang-orang
·
Penggandaan Separa
-
Proses menggandakan sebahagian kata
dasar sahaja.
-
Contoh: sesiku, jejari, lelangit, dan
kekuda
-
Jika penggandaan separa digunakan pada
kata terbitan, hanya kata dasar yang utama sahaja yang digandakan tanpa melihat
imbuhannya.
-
Contoh:
a. Tinjau-meninjau
b. Bergaduh-gaduhan
c. Benci-membenci
·
Penggandaan Berentak
-
Proses menggandakan kata dasar mengikut
rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.
-
Terdapat 3 bentuk penggandaan berentak
iaitu pengulangan vokal, pengulangan konsonan dan bebas.
-
Pengulangan
vokal
a. Kuih-muih
b. Lauk-pauk
c. Selok-belok
-
Pengulangan
konsonan
a. Gopoh-gapah
b. Huru-hara
c. Mandi-manda
-
Bebas
a. Ipar-duai
b. Kusut-masai
c. Tungkus-lumus
No comments:
Post a Comment