LARAS
BAHASA
·
Laras ialah gaya dan penggunaan sesuatu
bahasa.
·
Gaya memupuk kepada pelisanan dan
penulisan.
·
Penggunaan merujuk kepada penutur,
pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan.
Perbezaan
Laras Bahasa
·
Bahasa
– Pengguna - Dialek
Penggunaan - Laras
Mengapakah
laras bahasa digunakan?
Terdapat:
·
Ciri-ciri keperihalan
-
Situasi luaran
-
Situasi persekitaran
·
Ciri-ciri linguistik
-
Aspek bunyi
-
Aspek perkataan
-
Aspek ayat
·
Situasi
Luaran
a. Latar
belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.
b. Merangkumi
struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk
anggota masyarakat.
·
Situasi
Persekitaran
a. Cara
penyampaian
b. Perhubungan
social dan peribadi
c. Bahan
d. Fungsi
sosial
·
Ciri-ciri
Linguistik
a. Aspek
bunyi
b. Aspek
perkataan
c. Aspek
ayat
·
Jenis-Jenis
Laras Bahasa
-
Laras Bahasa Biasa
-
Laras Bahasa Iklan / Perniagaan
-
Laras Bahasa Sains
-
Laras Bahasa Media Massa
-
Laras Bahasa Rencana
-
Laras Bahasa Undang-Undang
-
Laras Bahasa Agama
-
Laras Bahasa Sukan
-
Laras Bahasa Sastera / Kreatif
-
Laras Bahasa Ekonomi
-
Laras Bahasa Akademik
·
Laras
Bahasa Biasa
-
Tiada konteks khusus atau melibatkan
sebarang bidang ilmu.
-
Penggunaan dalam perbualan harian.
-
Tiada istilah khusus.
-
Tiada terdapat istilah teknikal.
-
Bentuk laras bahasa biasa tidak formal.
-
Bentuk laras bahasa biasa tidak formal
menggunakan ciri-ciri bahasa basahan.
-
Contoh: Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak
singgah dulu?
·
Laras
Bahasa Iklan / Perniagaan
-
Untuk menyampaikan maklumat berkesan.
-
Pemberitahuan fakta yang jelas amat
dipentingkan.
-
Ayat ringkas dan pendek (banyak guna
kata sifat)
-
Sifat bahasa imaginatif dan kreatif
-
Penggunaan bahasa retorik
-
Tidak mementingkan tatabahasa.
-
Contoh: Percuma, sebiji lampu suluh
bermutu tinggi dengan setiap pembelian minyak Unicorn empat liter.
·
Laras
Bahasa Sains
-
Laras ilmiah, berbahasa moden, bersifat
formal, dan menidakkan bahasa basahan.
-
Istilah sains dan teknikal adalah
banyak.
-
Mempunyai sifat intelektual, saintifik,
formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta.
-
Ada istilah pinjaman.
-
Terdapat banyak penggunaan kata nama dan
ragam ayat pasif.
-
Contoh: Apabila akson berada berada
dalam keadaan rehat kepekatan ion pada tiap-tiap sisi selaput itu amat berbeza,
iaitu selaput itu terkutub.
·
Laras
Bahasa Media Massa
-
Peranan media massa adalah untuk melapor
dan menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan
pembaca.
-
Laras media massa tidak mementingkan
tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung.
-
Tiada istilah teknikal dan khusus.
-
Judul berita disampaikan dalam tiga
bentuk:
-
Ringkas, misalnya Kedah Juara TigaPiala
2007, Piala 2007.
-
Tafsiran, misalnya Peningkatan Jumlah
Tafsiran, misalnya Peningkatan JumlahKenderaan Punca Jerebu. Kenderaan Punca
Jerebu.
·
Laras
Bahasa Rencana
-
Bersifat umum.
-
Menampilkan berbagai-bagai idea tentang
sesuatu isu.
-
Gaya bahasa mudah difahami.
-
Melaporkan sesuatu kepada pembaca secara
umum ataupun terperinci.
-
Contoh: Oleh kerana baru dilancarkan,
kejayaan model terbaru Proton, ‘Proton Satria GTI’, masih belum dapat diukur.
Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, factor reka bentuk, kemudahan
mendapatkan alat ganti dan ketahanannya perlu diambil kira. Model terbaru ini
pastinya berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum model ini berkemampuan
untuk menguasai pasaran dalam dan luar negara.
·
Laras
Bahasa Undang-Undang
-
Teks bersabit dengan perundangan yang
mengandungi prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan
seksyen)
-
Terdapat istilah khusus yang
kebanyakannya dipinjam daripada bahasa inggeris.
-
Makna kosa kata berdasarkan intepretasi.
-
Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi
kepersisan dan kejelasan dipentingkan.
-
Bersifat objektif, terperinci, tepat dan
padat.
-
Binaan ayat adalah panjang.
-
Contoh: Defenden membantah pada awal
prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan
saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan.
·
Laras
Bahasa Agama
-
Membincangkan isu agama.
-
Ada istilah pinjaman.
-
Terdapat petikan.
-
Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat
untuk pengajaran.
-
Contoh dari Anas r.a., katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang muslim yang menanam pohon atau
tanam-tanaman, lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau binatang,
maka orang yang menanam itu mendapat pahala.
·
Laras
Bahasa Sukan
-
Menyampaikan maklumat kegiatan sukan.
-
Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan
jelas.
-
Ada istilah aktiviti sukan.
-
Kosa kata mudah difahami.
-
Contoh: Perak menjuarai kejohanan bola
sepak piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis
1-0 di Stadium Nasional malam tadi.
·
Laras
Bahasa Sastera / Kreatif
-
Laras bahasa terhasil daripada cetusan
imaginasi dan pengalaman.
-
Ada istilah khusus tentang sastera.
-
Bersifat figuratif (penyimpanan makna
daripada bahasa biasa)
-
Mementingkan pemilihan diksi berkesan,
bahasa tersirat.
-
Ada unsur seperti metafora,
kiasan,imejan, personifikasi, dan hiperbola.
-
Bernada puitis dan bersifat komunikatif.
-
Contoh: Apabila berbicara mengenai
kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema,
kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk
personifikasi dan metafora.
·
Laras
Bahasa Ekonomi
-
Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi.
-
Ada istilah teknikal ekonomi.
-
Tidak mengutamakan struktur ayat.
-
Gaya bahasa formal.
-
Maklumat jelas dan eksplisit.
-
Fakta berdasarkan bukti data dan
statistik.
-
Contoh: Jumlah dagangan negara melonjak
ke tahap yang tertinggi sebanyak RM 880.37 bilion pada tahun 2004, didorong
oleh sektor eksport yang turut merekodkan nilai terbesar dalam sejarah ekonomi
negara.
·
Laras
Bahasa Akademik
-
Bersifat ilmiah, formal dan objektif.
-
Gaya bahasa menunjukkan kematangan dan
keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat
dan berkesan).
-
Ada kesempurnaan bahasa (kestabilan,
kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan, dan keindahan).
-
Istilah bersifat khusus dan sukar
difahami oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi.
-
Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan
ayat majmuk.
-
Mengutamakan pemaparan, perbincangan,
dan penghuraian.
-
Ada format seperti nota kaki,bibliografi
dan indeks.
-
Contoh laras sains dan bidang biologi:
sel-sel kelenjar kolon merembeskan mucus yang berfungsi dalam melicinkan
pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang
dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali.
·
Kepentingan
Laras Bahasa
-
Laras bahasa amat penting.
-
Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan
keadaan bahasa itu dan dapat menjadi ukuran maju-mundurnya.
-
Perbandingan jumlah laras bahasa Melayu
sebelum dan sesudah merdeka, misalnya dapat membuktikan hakikat bahawa bahasa
Melayu telah mengalami perkembangan yang amat pesat – bertambah dengan pesat.
-
Penutur-penutur bahasa Melayu sewajarnya
mengenali laras-laras utama bahasa Melayu.
-
Laras baru seharusnya dipelajari sebagai
satu kemahiran. – Dicadangkan pada tahap persekolahan lagi.
No comments:
Post a Comment