MENGAPA BAHASA
MELAYU DIJADIKAN BAHASA KEBANGSAAN
Pemilihan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor:
Ø
Pertama, bahasa Melayu mempunyai
jumlah penutur yang terbesar di Negara ini.
Ø
Kedua, bahasa Melayu merupakan bahasa
yang bersifat pribumi bagi negara ini.
Ø
Ketiga, bahasa Melayu sebagai alat
komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah
bagi komunikasi umum.
Ø
Keempat, bahasa Melayu telah lama
menjadi bahasa pentadbiran di negara melayu.
Mengapa Bahasa Melayu Dipilih Sebagai
Bahasa Kebangsaan?
Ø Sejarah
membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau
bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15
lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan
diplomatik.
Ø Dalam
Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus
mempelajari Bahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan mereka berurusan
dengan pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama menggunakan bahasa itu.
Ø Dalam
konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian turut
menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi. Ini membuktikan bahasa Melayu dapat
difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak British. Kalau mereka tidak mengerti
pun ada munsyi atau guru Bahasa Melayu yang akan mengajar mereka.
Ø Begitu
juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu
telah menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai medium. Semua ini
membuktikan kepada kita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai tahap yang
tertinggi dan diguna sehingga ke peringkat antarabangsa.
Ø Memandangkan
Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi dan basahan,
sebagai bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu telah dipersetujui
dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi
bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957.
Ø Malahan
permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen tertinggi dan
luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam Perkara 152,
para 1 sebagai bahasa bagi persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka.
Ø Maka
sejak itu Bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk menjadi bahasa
perantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi
kerajaan termasuk di mahkamah.
Ø Jelas
sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan
dapat digunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan.
Bagaimanakah Bahasa Melayu Boleh
Berfungsi Secara Berterusan sebagai Bahasa perpaduan?
Ø Indahnya
Bahasa Melayu, begitu halus sehingga menusuk kalbu. Daripada banyak faktor,
bahasa muncul sebagai faktor yang dominan dan daripada begitu banyak bahasa,
Bahasa Melayu yang terpilih sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya menjadi
wahana perpaduan masyarakat majmuk di negara Malaysia
Ø Melihat
kepada pengiktirafan yang diberi kepada Bahasa Melayu tentunya Bahasa Melayu
memiliki keistimewaan tersendiri sehingga berupaya mengangkat bahasa ini
sebagaiTeras Perpaduan Bangsa Malaysia
Ø Maka
dalam tulisan ini saya ingin membuktikan kepada pembaca mengapa dan bagaimana
Bahasa Melayu mampu menjadi teras atau tunjang kepada perpaduan rakyat
berbilang kaum di negara ini.Di akhirnya pula saya akan menuliskan
beberapa ancaman ke atas Bahasa Melayu dalam kedudukannya untuk bertahan
sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan.
Ø Secara
konseptual Bahasa Melayu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia bolehlah
didefinisikan sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa
perantaraan berupaya menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum
di negara ini.
Ø Bahasa
Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu
yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa melayu bukan sahaja berfungsi
sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi.
Ø Bahasa
ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti
tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Buktinya DS Mohd
Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di
China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini.
Ø Ini
bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard dan
mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua.
Ø Slanga
atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu, tetapi
apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan
dengan orang bukan Melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Inilah
bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku dan
majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain.
Ø Selain
itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan yang cerah
kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar sesuatu
bahasa yang terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan mampu
mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa.
Ø Dunia
semakin berkembang, masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan, maka
begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat
mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi,kepada kemasukan
isitilah-istilah baru dan kata asing.
Ø Dinamika
bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak terkubur
seperti yang berlaku kepada bahasa Sanskerta.
Ø Sayugia
diingat dalam keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu jangan
sampai bahasa ini menerima nasib yang sama seperti dinossours yang akhirnya
pupus kerana gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan semasa dan persekitaran.
Ø Maka
menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif untuk
membentuk dan menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang
pengetahuan seperti sains dan teknologi, undang-undang, pendidikan, perbankan,
komputer dan internet.
Ø Kedudukan
Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan apabila
kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain.
Ø Sebabnya
Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan
kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan
menerima nasib malang.
Ø Rahsia
Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan
hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia
yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan.
Ø Keadaan
ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh
bahasa-bahasa lain.
Ø Gerakan Cintailah
Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan betapa
seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa
komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut
melibatkan pelbagai kaum.
Ø Buktinya
yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB)
bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini membuktikan
bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa
sahaja.
Ø Pemilihan
Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduanm melonjakkan bahasa
ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model
perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa:
Ancaman
Ø Perubahan
dunia semakin pantas dan kemajuan dunia semakin cepat. Persekitaran lokal
tiba-tiba sahaja bertukar kepada glokal dan akhirnya menuju global. Bumi yang
dulunya terpecah kepada begitu banyak kampung yang tak berhubung, kini menjadi
sebuah kampung besar tanpa sempadan.
Ø Bahasa
Melayu turut menerima cabaran apabila golongan remaja hari ini lebih berminat
menggunakan istilah dan gaya bahasa sendiri yang dikatakan lebih pantas dan
ringkas. Ini terbukti apabila munculnya teknologi komunikasi terkini seperti
sistem pesanan ringkas, mms, mel elektronik dan chating.
Ø Kata-kata
yang panjang telah diringkaskan dan istilah-istilah baru tercipta. Surat yang
dianggap ketinggalan dan lambat telah digantikan dengan mel elketronik,
menelefon telah digantikan dengan SMS dan MMS.
Ø Bagi saya
ini satu perkembangan yang menkjubkan sekaligus menunjukan bahasa Melayu
sentiasa berupaya menyesuaikan dirinya dengan keperluan semasa. Minat anak muda
daripada pelbagai bangsa menggunakan bahasa ini menjadikan bahasa Melayu akan
terus berkembang sebagai alat perpaduan utama. Cuma terpulanglah kepada
Kementerian pelajaran dan DBP untuk menyelaraskan semua ini.
Ø Akhirnya
marilah kita menyahut cabaran 1Malaysia cetusan ide YAB DS Mohd Najib Tun Abdul
Razak. Gagasan ini bukan sahaja mengajak kita berkongsi sebuah negara, iaitu
Malaysia tetapi juga berkongsi satu bahasa, iaitu Bahasa Melayu yang telah terbukti
mampu menjadi teras Perpaduan Bangsa Malaysia.
No comments:
Post a Comment