Bentuk
Ayat, Susunan Dalam Ayat
Ø Bentuk
ayat bahasa Melayu terbahagi kepada dua iaitu:
1. Ayat
Tunggal: ayat tunggal ialah ayat-ayat yang mengandungi satu subjek dan satu
predikat.
Contoh: Ali tampan.
Dalam ayat ini Ali ialah saubjek
dan tampan ialah predikat.
2. Bentuk
yang kedua ayat majmuk. Ayat majmuk terbahagi kepada 3 iaitu:
a. Ayat
majmuk gabungan.
b. Ayat
majmuk pancangan.
c. Ayat
majmuk campuran.
-
Ayat
majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua
ayat atau lebih kemudian digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan
menggunakan kata hubung gabungan. Contoh kata hubung gabungan: dan, atau,
tetapi, serta, sambil, lalu, lagi dan sebagainya.
-
Namun begitu, penggunaan kata hubung
yang berbeza menghasilkan dua jenis gabungan iaitu:
a. Ayat majmuk gabungan yang susunan
faktanya berurutan. Ayat majmuk gabungan jenis ini menggunakan
kata hubung dan, lalu, lagi, serta, sambil, malahan.
Contoh: Dia mengambil
buku itu lalu masuk ke bilik tidur.
·
Ayat ini terdiri daripada dua ayat
iaitu, ayat pertama dia mengambil buku itu, ayat kedua dia masuk ke bilik
tidur.
b. Ayat majmuk gabungan yang susunan
faktannya bertentangan. Ayat majmuk ini memberikan
pertentangan fakta. Antara kata hubung yang digunakan ialah atau, tetapi,
sebaliknya, melainkan, padahal.
Contoh:
-
Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.
-
Kain yang dibelinya itu mahal, padahal ada yng lebih murah.
-
Ayat
majmuk pancangan terdiri daripada satu ayat induk atau
utama dan satu beberapa ayat kecil yang dipancangkan dalam ayat induk. Ayat
induk boleh berdiri sendiri tetapi ayat kecil tidak.
-
Ayat majmuk pancangan boleh dibahagikan
kepada tiga iaitu:
a. Ayat
majmuk pancangan relatif.
b. Ayat
majmuk pancangan komplemen.
c. Ayat
majmuk pancangan keterangan.
Ø Ayat majmuk pancangan relatif ialah
ayat majmuk yang menggunakan kata hubung pancangan yang menngunakan kata hubung
yang untuk memancangkan klausa kecil
ke dalam kalusa induk.
Contohnya: Saya membaca
buku yang ditulis oleh Othman Puteh.
-
Klausa induk: Saya membaca buku.
-
Klausa kecil: Buku ditulis oleh Othman
Puteh.
-
Saya membaca buku + buku ditulis oleh
Othman Puteh.
-
Saya membaca buku yang ditulis oleh
Othman Puteh.
Ø Demikianlah
bagaimana ayat majmuk relatif dihasilkan.
Ø Ayat Majmuk:
1. Ayat
majmuk gabungan
2. Ayat
majmuk pancangan
3. Ayat
majmuk pancangan relatif
4. Ayat
majmuk pancangan komplemen
5. Ayat
majmuk pancangan keterangan
6. Ayat
majmuk campuran
Ø Pengenalan:
-
Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
ayat tunggal dan ayat majmuk.
-
Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan.
-
Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat
pasif.
-
Jika kita amati pula tujuan ayat, maka
kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya ayat perintah, dan ayat seru.
-
Sebelum ini kita telah melihat binaan
ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat tebitan.
-
Di samping itu, kita pula mengkaji pola ayat
dasar.
·
Ayat
tunggal
-
Ayat tunggal ialah ayat terbentuk
daripada satu klausa, iaitu ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu
predikat.
-
Ayat dasar juga adalah ayat tunggal,
tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.
-
Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis
ayat penyata dan ragam ayat aktif.
-
Ayat ini juga dikenali sebagai ayat
mudah dan ayat selapis.
-
Contoh: Lelaki itu / sedang menembak
burung.
Subjek – lelaki itu.
Predikat – sedang menembak burung.
-
Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat
tunggal.
(subjek ditebalkan, selainnya ialah
predikat)
Ibu negara Malaysia
Kuala Lumpur.
|
Gunung Kinabalu gunung
tertinggi di Asia Tenggara.
|
Di
dalam almari tali leher ayah.
(pasif)
|
Nama encik siapa?
|
Berapakah
keuntungan kita hari ini?
|
-
Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal
terdiri daripada satu subjek dan
satu predikat.
-
Subjek ayat tunggal boleh terdiri
daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
-
Begitu juga dengan predikat ayat tunggal
boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi
nama.
·
Ayat
Majmuk
-
Terdiri lebih daripada satu klausa.
-
Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi
dua atau lebih ayat – ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung
seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan sebagainya.
Ayat
Majmuk Gabungan
-
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang
dibina oleh dua atau klausa bebas dengan menggunakan kata hubung seperti dan,
atau, tetapi, serta, lalu dan sebagainya.
-
Koma mungkin digunakan jika gabungan
terdiri daripada tiga atau lebih klausa.
-
Cuba teliti contoh dibawah:
1.
Aminah pandai menyanyi dan menari.
|
2.
Aminah pandai menyanyi.
|
3.
Aminah pandai menari.
|
-
Ayat yang (1) berasal daripada (2) dan
(3).
-
Kedua-dua ayat (2) dan (3) dihubungkan
dengan menggunakan kata hubung dan.
-
Klausa (2) dan (3) sama tarafnya iaitu
klausa utama.
-
Lihat contoh berikut:
1.
Pengetahuan pemidato itu sempit, hujah-hujahnya
cetek serta contoh-contoh yang dinyatakan tidak menarik.
|
2.
Pengetahuan beliau sempit.
|
3.
Hujah-hujahnya cetek.
|
4.
Contoh-contoh yang dinyatakan tidak menarik.
|
-
Ayat (1) berasal daripada ayat (2), (3)
dan (4).
-
Ketiga-tiga ayat digabungkan menjadi
satu ayat dengan menggunakan koma dan kata hubung ‘serta’.
-
Semua klausa sama tarafnya, iaitu klausa
utama.
-
Ayat majmuk gabungan boleh jadi ayat
yang mengandungi fakta yang sejajar atau fakta yang bertentangan.
-
Untuk fakta yang bertentangan, kata
hubung seperti dan, serta, tambahan pula, sambil dan sebagainya.
-
Untuk fakta yang bertentangan, kata
hubung seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan sebagainya.
Ayat
Majmuk Pancangan
-
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang
dibentuk oleh klausa yang tidak setara.
-
Ini bermakan dalam ayat berkenaan
terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas
atau ayat kecil.
-
Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat
utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika,
apabila, sungguhpun dan sebagainya.
-
Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk
pancangan dapat dibahagikan kepda tiga jenis iaitu ayat relatif, ayat
komplemen, dan ayat keterangan.
Jenis-jenis ayat majmuk
pancangan:
Ayat Majmuk Pancangan
|
||
Ayat Relatif
|
Ayat Komplemen
|
Ayat Keterangan
|
-Ayat
relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau
lebih klausa terikat atau ayat kecil.
-Ayat
kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan
menggunakan kata hubung.
|
-Ayat
majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang
seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama.
Perhatikan
contoh berikut:
Dia
memberitahu sesuatu.
|
-Ayat
majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan
satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat.
Contoh:
Pemain
hoki negara gagal kerana tidak bersedia.
|
Ayat
Majmuk Pancangan Keterangan
-
Ayat majmuk keterangan ialah ayat yang
terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai
keterangan kepada predikat.
-
Contoh:
-
Pemain hoki gagal kerana tidak bersedia.
-
Oleh sebb dia memandu terlalu laju, Atan
menerima empat saman.
-
Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan
menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu pemain hoki negara gagal dan
Atan menerima empat saman.
-
Ayat majmuk keterangan dibina untuk
pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu.
-
Contoh-contoh kata hubung dalam ayat
keterangan:
kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga
sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara,
ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan,
sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, utama.
|
Ayat
Majmuk Campuran
-
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang
mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.
-
Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat
tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.
-
Biasanya, ayat ini jenis panjang.
-
Panjang pendek bukanlah kriteria ayat
majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya.
-
Perhatikan contoh-contoh di bawah.
-
Klausa utama ditandakan ‘U’ dan
bilangannya dinomborkan, ayat kecil ditandakan ‘K’ dan bilangannya dinomborkan.
-
Contoh 1:
Negara mengalami masalah ekonomi (U1)
tetapi keadaannya bertambah baik (U2) apabila pertumbuhan ekonomi mula
berkembang semula (K1).
|
(ayat campuran ini terdiri daripada
ayat gabungan dan ayat keterangan waktu, atau dua ayat utama dan satu ayat
kecil).
-
Contoh 2:
Apabila kami tiba di Langkawi (K1)
kami disambut oleh jawatankuasa (U1) dan kami diperkenalkan kepada Pegawai
Daerah (U2) sera Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung (U3).
|
(ayat campuran terdiri daripada
tiga ayat utama dan satu ayat kecil)
-
Contoh 3:
Ketika pihak bomba sampai (K1)
kebakaran itu mula merebak (U1) walaupun penduduk di situ cuba mengawal api
(K2).
|
(ayat campuran yang mengandungi satu
klausa utama dan dua ayat kecil atau ayat tunggal dengan ayat keterangan waktu
dan keterangan pertentangan).
Susunan
Dalam Ayat:
Ø Apabila
berbincang tentang ayat, kita juga membicarakan aspek susunannya. Susunan ayat
merujuk proses perubahan struktur binaan subjek dan predikat dalam sesuatu
ayat. Dari segi bentuk susunan, ayat dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
bentuk susunan biasa dan susunan songsang. Susunan biasa bermaksud binaan ayat
yang mempertahankan pola ayat dasar, iaitu unsur frasa subjek didahului frasa
predikat.
Ø Subjek
+ Predikat
1. Ali + guru sementara di sekolah itu.
2. Adik
bongsuku + sedang tidur di serambi rumah.
3. Pegawai
kanan pejabat itu + amat rajin dan cekap pula.
4. Rumah kediamannya + di Kampung Baru dalam
Wilayah Persekutuan.
Ø Dalam
contoh ayat 1-4 di atas, misalnya, walaupun ayat tersebut merupakan ayat
terbitan yang bentuknya agak panjang atau kompleks, namun dari segi susunannya,
ayat-ayat tersebut tetap tergolong ke dalam susunan biasa. Hanya apabila
susunan frasa subjek mendahului frasa predikat itu diubah sehingga predikat
pula mendahului subjek, barulah terbentuk ayat yang bersusunan songsang,
seperti contoh yang berikut:
Ø Predikat
+ Subjek
5. Guru
sementara di sekolah itu + Ali.
6. Sedang
tidur di serambi rumah + adik bongsuku.
7. Amat
rajin dan cekap pula + pegawai kanan pejabat itu.
8. Di
Kampung Baru dalam Wilayah Persekutuan + rumah kediamannya.
Ø Contoh-contoh
lain :
Susunan Biasa (Subjek
diikuti Predikat)
1. Kamu ke sana bila?
2. Budak itu menangis.
3. Hadiah itu untuk ibu saya.
4. Dia tertidur pada masa itu.
5. Bapa saya sedang memancing.
6. Anaknya sudah pulang ke rumah.
7. Buku itu belum dibaca oleh
Rafik.
8. Gadis kampung seberang itu anak
siapa?
9. Dia ke rumah Puan Salmah petang
semalam.
10. Bunga pemberian gadis itu
memang wangi.
Ø Susunan
Songsang (Predikat diikuti Subjek)
1. Bila kamu ke sana?
2. Menangis budak itu.
3. Untuk ibu saya hadiah itu.
4. Tertidur dia pada masa itu.
5. Sedang memancing bapa saya.
6. Sudah pulang anaknya ke rumah.
7. Belum dibaca oleh Rafik buku
itu.
8. Anak siapakah gadis kampung
seberang itu?
9. Ke rumah Puan Salmah dia petang
semalam.
10. Memang wangi bunga pemberian
gadis itu.
No comments:
Post a Comment