Tuesday, 12 September 2017

Bab 7: Sintaksis

SINTAKSIS
(Bidang yang mengkaji pembentukan ayat)
Pengenalan:
Ø  Ayat ialah unit pengucapan atau tulisan yang tinggi letaknya dalam susunantatabahasa yang mengandungi makna yang lengkap. Binaan ayat terdiri daripada unsur-unsur klausa, frasa, dan perkataan.
Binaan Ayat
Ø  Ayat mengandungi dua bahagian utama: subjek dan predikat.

Subjek
Predikat
     1.      Encik Muhaimin
Pensyarah Bahasa Melayu kami.
     2.      Perarakan Maulidur Rasul
Sedang berlangsung di sekolah.
     3.      Ibu Magaret
Menjual kuih.

Golongan Ayat
Ø  Seringkas-ringkas ayat yang kita tulis ialah ayat tunggal atau ayat dasar (ayat inti atau ayat mudah). Ayat tunggal dapat dikembangkan menjadi ayat majmuk, dengan meluaskan unsur subjek atau unsur predikat atau kedua-duanya. Ayat 1, 2, 3, dan 4 dapat dikembangkan menjadi ayat 1a, 2a, 3a, dan 4a.

Ayat Tunggal
Ayat Majmuk
     1.      Saya guru.
Saya guru tetapi saya tidak suka mengajar.
     2.      Guru kelas sedang mengambil kehadiran.
Guru kelas sedang mengambil kehadiran saya.
     3.      Guru sekolah ini rajin.
Guru sekolah ini rajin serta bertanggungjawab.

Ayat Dasar 
Ø  Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis polaseperti yang berikut:

Pola
Jenis Pola
Subjek
Predikat
      1.       
FN + FN
Encik Abu
pemborong kain.
      2.       
FN + FK
Dia
membaca buku.
      3.       
FN + FA
Amirul
sangat segak.
      4.       
FN + FS
Sekolah saya
di Kelantan.

Ø  Tahukah anda bahawa daripada pola-pola ayat dasar inilah terbitnya ayat-ayatyang lain yang lebih kompleks sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendekatan panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.

Frasa dalam Pola Ayat Dasar
Ø  Pola atau corak ayat perlu diketahui kerana dengan cara yang demikian, ayat akan dapat dibina dengan lebih teratur. Ayat dasar bahasa Melayu ada empat pola, yang disingkatkan dalam bentuk yang berikut: FN + FN; FN + FK; FN + FA; dan FN + FS.

Pola
Contoh
Subjek + Predikat
Subjek + Predikat
     1.      Frasa Nama + Frasa Nama
Ibu saya seorang doctor.
     2.      Frasa Nama + Frasa Kerja
Ayah Diana membeli surat khabar.
     3.      Frasa Nama + Frasa Adjektif
Encik Hamidun tegas orangnya.
     4.      Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Saya dari Bandar Kelantan.

Ø  Daripada rajah di atas, dapat dirumuskan bahawa semua subjek ayat ialah FrasaNama (FN), manakala predikat ayat pula terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja(FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul mestilahberdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).

Ø  Sebelum membincangkan binaan-binaan frasa tersebut, adalah lebih baiksekiranya definisi dan konsep frasa dibincangkan terlebih dahulu.

Definisi dan Konsep Frasa
Ø  Takrif dan konsep frasa ada berbagai-bagai, bergantung kepada apakah teori yang dijadikan dasar. Frasa ialah suatu unit tatabahasa dalam tatatingkat sintaksis suatu bahasa. Frasa merupakan komponen terpenting dalam sintaksis. Ini kerana frasa memainkan peranan atau fungsi-fungsi tertentu dalam binaan ayat Di sini terdapat beberapa pandangan dan tafsiran tersendiri mengenai frasa. Jadi definisi dan tafsiran frasa mengikut sarjana Melayu khususnya dan sarjana Barat amnya akan ditelusuri.

Ø  Takrif yang diberikan oleh seorang sarjana Melayu tersohor iaitu Zaba (1965) yang menyatakan frasa sebagai rangkai kata. Takrifan yang ringkas ini berasaskan teori tradisional yang lebih menekankan kepada aspek semantik. Ini juga pengertian frasa dalam fahaman linguistik am. Frasa, menurut Bloomfield (1964) ialah suatu konstruksi yang mengandungi dua atau lebih bentuk bebas yang berfungsi sebagai satu kesatuan.

Ø  Menurut tatabahasa transformasi generatif (seterusnya TTG), frasa mungkin juga terdiri daripada sepatah kata major sahaja. Kata major ialah kata utama iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contoh,

1.      Si Tompok yang berbulu merah itu sudah mati.
2.      Tompok mati.

Ø  Subjek dalam ayat (1) mengandungi frasa nama yang terdiri daripada sekelompok kata dengan kata. Tompok sebagai kata major. Namun dalam ayat (2) terdapat pula frasa nama yang terdiri daripada satu kata, iaitu Tompok.

Ø  Maka jelaslah bahawa satu kata major sudah boleh berdiri sendiri sebagai satu frasa.

Ø  Dalam buku-buku tatabahasa lama, ada keterangan bahawa frasa adalah suatu bentuk bahasa yang terdiri daripada dua patah kata atau lebih. Oleh sebab itulah frasa diberikan istilah rangkai kata oleh Za’ba dengan pengertian bahawa frasa merupakan suatu rangkaian beberapa patah perkataan. Sekarang saya akan membincangkan juga definisi frasa yang diberikan oleh sarjana Melayu yang lain.

Ø  Widya Masri (2009) dalam Kuasai Struktur Ayat Dalam Bahasa Melayu menakrifkan frasa sebagai satu binaan yang tidak terpisah antara satu dengan yanglain bagi kata atau kata-kata yang membinanya.

Ø  Maka, daripada pendapat sarjana-sarjana Melayu tersebut, frasa terdiri daripadabentuk-bentuk perkataan yang disusun menjadi rangkai kata. Tamsilnya,

3.      Adik Ali sedang bermain bola.

Ø  Daripada ayat contoh yang diberi, ayat tersebut dapat dipisahkan kepada beberapa bentuk kata iaitu adik, ali, sedang, bermain dan bola. Perkataan-perkataan ini kemudian di susun menjadi dua rangkai kata yang disebut frasa, iaitu adik Ali sebagai satu frasa yang menduduki tempat subjek, dan sedang bermain bola sebagai frasa yang lain menduduki predikat dalam ayat.

SUBJEK
PREDIKAT
Adik Ali
Sedang bermain bola.

Ø  Jadi kesimpulannya, frasa ialah satu unit bahasa di mana suatu konstruksi yangmungkin terdiri daripada suatu susunan kata-kata ataupun hanya satu kata yangberpotensi diperluaskan menjadi dua atau lebih kata dengan kehadiran subjek danpredikat atau kedua-duanya sekali atau tanpa kehadiran kedua-duanya. Di samping itu,frasa mestilah suatu konstituen yang tidak bersifat sebuah klausa dan dari segitaburannya suatu frasa itu boleh menjadi unsur klausa ataupun frasa sendiri.

Ø  Jenis-jenis frasa ditentukan oleh perkataan yang menjadi inti frasa. Dengan demikian, penggolongan jenis frasa ditentukan sejalan dengan penggolongan jenis kata kerana sifat dan perilaku frasa sama dengan sifat dan perilaku kata. Berdasarkan haltersebut, frasa dapat dibezakan kepada empat jenis , iaitu:

1.      Frasa nama
2.      Frasa kerja
3.      Frasa adjektif
4.      Frasa sendi nama

Frasa Nama
Ø  Frasa nama (FN) ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat. Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu, terdiri daripada yang berikut:

                        I.            FN + FN
                     II.            FN + FK
                  III.            FN + FA
                  IV.            FN + FS

Ø  Dalam semua pola ayat di atas, frasa nama berfungsi sebagai subjek; frasa nama hanya berfungsi sebagai predikat dalam pola FN + FN sahaja. Lihatlah contoh-contoh di bawah ini:

Bil
Subjek Frasa Nama
Predikat Frasa Nama
1.
Ibu
guru.
2.
Ibu budak itu
guru.
3.
Ibu budak itu
guru sekolah agama.
4.
Kota Bharu
serambi Mekah.
5.
Bandar Kota Bharu
serambi Mekah.

Ø  Jelas daripada ayat-ayat di atas bahawa frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja ataupun beberapa perkataan. Selain konstituen subjek dan konstituen predikat frasa nama, frasa nama boleh juga hadir dalam konstituen objek, iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja (FK), seperti dalam contoh-contoh berikut ini:

Bil.
Subjek
Predikat Frasa Kerja
Kata Kerja
Objek
6.
Orang itu
memanggil
saya.
7.
Mereka semua
melambaikan
tangan.
8.
Kanak-kanak itu
menaiki
bas sekolah.
9.
Para siswazah
memohon
jawatan itu.
10.
Kedamaian
memerlukan
kekuatan pertahanan.

Ø  Satu lagi tempat yang diduduki oleh frasa nama adalah di bahagian unsur nama dalam frasa sendi nama. Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur dalam predikat frasa sendi nama (FS) seperti dalam contoh ayat 13-18.

Bil.
Subjek
Predikat Frasa Sendi Nama
Sendi Nama
Frasa Nama
13.
Mereka
di
Kuala Lumpur.
14.
Hadiah itu
daripada
Nasir.
15.
Lukisan tersebut
oleh
Tuan Jamal.
16.
Tabung simpanan itu
untuk
masjid.
17.
Kereta itu
ke
Kuala Perlis.
18.
Keluarnya
dari
pintu besar.

Ø  Bagi binaan frasa nama pula, ia boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Jika dibentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan itu. Jenis pertama ialah jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, sementara perkataan atau perkataan lain merupakan penerang atau penerang-penerangnhya. Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur inti di dalamnya.

a.      Peraturan D-M (Hukum D-M)

Ø  Kata yang diterangkan, atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni hukum Diterangkan - Menerangkan. Contohnya – pisang goreng.

Ø  Sungguhpun begitu, umumnya susunan unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal.

Ø  Perhatikan contoh-contoh kekecualian berikut:

Frasa Nama
Nota
Penerang
Inti
Perdana
Menteri
Penerang nama jawatan
Tuan
Safwan
Penerang gelaran / panggilan
Timbalan
Menteri Pelancongan
Penerang nama jawatan

Ø  Selain susunan unsur mengikut hukum D-M , penerang adjektif yang menerangkan inti frasa hendaklah hadir sesudah inti frasa dan diikuti oleh penerang lain dan diakhiri oleh penentu belakang.

Inti
Penerang Adjektif
Penerang Kata Nama / Frasa Nama
Penentu Belakang
Kereta
berkilat
ayah
itu
Baju
merah
kakak
ini


Frasa Kerja
Ø  Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja.

Subjek
Frasa Kerja
Kata kerja
Ali
Fatimah
Adik
Ibu
membaca buku
berlari
tidur
meraut buluh
KKT
KKTT
KKTT
KKT

Ø  Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:
Frasa Kerja
Frasa Kerja Transitif
Frasa Kerja Tak Transitif



(kata bantu) + kata kerja + objek + (penerangan) + (keterangan)
Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.

(kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan)
Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh adaatau tiada.


Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Frasa kerja tak transitif berpelengkap
(kata bantu) + kata kerja + (keterangan) Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(kata bantu) + kata kerja + (penerang) + (keterangan)
Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.                                               

(kata bantu) + kata kerja + kata kerja + pelengkap + (penerang) + keterangan.
Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.

Contoh 1 – Binaan Frasa Kerja Transitif
Subjek
Predikat

Nota
Frasa Nama
Frasa Kerja
Kata bantu
Kata kerja
Objek

Ali



sedang

memasak

ikan goreng
Maksud ayat masih lengkap jika objek dibuang, keranaayat menunjukkan perlakuan Ali yang memasak.
Mereka
hendak
makan
ayam goreng itu

Contoh 2 – Binaan Frasa Kerja Transitif  2 objek
Subjek
Predikat

Nota

Frasa Nama
Frasa kerja
Kata bantu
Kata kerja
Objek
Tepat
Sipi
Ali
Sedang
membelikan
anaknya
baju
Objek tepat adalah penyambut langsung kepada kata kerja, objek sipi pula adalah frasa nama yang mengikuti objek tepat.

Dia

-

mencarikan

isterinya

buah nangka


Contoh 3 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Subjek
Predikat

Nota
Frasa Nama
Frasa kerja
Kata bantu
Kata kerja
Keterangan
Lelaki itu
Sedang
makan
di atas meja


maksud ayat lengkap jika keterangan dibuang.
Cikgu
Masih
menulis
di papan hitam
Bayi itu
Sedang
merangkak
dengan laju
Jamal
Akan
datang
esok
Khatib
Sedang
berkhutbah
di surau

Contoh 4 - Binaan frasa kerja tak transitif  berpelengkap
Subjek
Predikat

Nota
Frasa Nama
Frasa kerja
Kata bantu
Kata kerja
pelengkap
penerang
keterangan
Mereka
akan
pulang
ke rumah
secepat mungkin
dalam minggu ini
pelengkap frasa sendi nama
Ammar
ingin
menjadi
penyanyi
yang terkenal
di negara ini
pelengkap kata
Saya

tinggal
di Klang


pelengkap frasa sendi nama

Frasa Adjektif

Ø  Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat. Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN. Contoh:
FA sebagai predikat
Contoh:   
Subjek
Frasa Adjektif
Suara penyanyi itu
Warna bajunya
Tuala itu
Ibu
merdu
kemerah-merahan
hapak
kesejukan

FA sebagai unsur keterangan (KK)
Ø  Contoh:
1.      Mereka pulang segera. 
2.      Kereta bergerak terlalu laju.

FA sebagai penerang KN dalam predikat
Ø  Contoh:
1.      Nasi lemak masakan popular.
2.      Usman Awang Pensyair Agung.

Frasa adjektif juga mengandungi unsur penguat yang terbahagi kepada 3 jenis:
·         Penguat Hadapan : paling, terlalu
          Contoh: Suasana di stesen bas itu terlalu bising
·         Penguat Belakang : sekali, benar , nian
          Contoh: Buah durian yang dipamerkan itu besar sekali
·         Penguat Bebas : amat, sungguh
          Contoh: Tentera kita sungguh berani
                        Tentera kita berani sungguh

Contoh 1: Binaan frasa adjektif dengan kata penguat


Subjek
Predikat
Penguat hadapan
Kata adjektif
Penguat belakang
Ahli Gusti itu
sungguh
handal
-
Ali
sangat
pandai
-
Awak
-
hebat
betul
Cikgu Bahasa Melayu
-
garang
sungguh

Seperti yang dinyatakan inti frasa adjektif ialah kata adjektif. Bahagian inti terbahagi kepada dua jenis binaan, iaitu binaan satu perkataan dan binaan dua perkataan.

Contoh 2: Binaan frasa adjektif satu perkataan

Subjek
Frasa Adjektif
Satu Perkataan
     1.      Suara penyanyi itu
merdu
     2.      Warna bajunya
kemerah-merahan
     3.      Tuala itu
hapak
     4.      Ibu
kesejukan

Frasa Sendi Nama
Ø  Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.
Ø  Sekiranya subjek sesuatu ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa sendi, maka ayat itu mempunyai pola FN + FS. Contohnya :

Subjek
Predikat
Frasa Sendi
      1.      Grace
dari bandar itu.
      2.      Bandar itu
di Sarawak.
      3.      Saya
ke Pulau Pinang.
      4.      Cerita itu
tentang Gunung Kinabalu.

     Antara binaan FS:
·         Kata Sendi Nama + Frasa Nama

Contoh: ke sekolah rendah
               daripada kayu jati

·         Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama

Contoh: ke luar jendela
              dari dalam hatinya

·         Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Ayat Komplemen

Contoh: ke dalam medan pertempuran untuk mempertahankan  Negara

·         Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan

Contoh: di atas pangkuan ibu setiap malam
               ke utara Semenanjung Malaysia pada tahun hadapan

Ø  Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama. Frasa ini boleh didahului oleh kata bantu. Oleh kerana sifatnya eksosentrik, ia hanya wujud bersama frasa nama.

Contoh:



Subjek

Predikat
Frasa sendi nama
Kata bantu
Kata sendi nama
Kata arah
Frasa nama
Syafiq
-
dari
arah utara
Perlis
Rombongan sekolah
Akan
ke
-
Auditorium Negara
Kedai Pak Abu
-
di
depan
Masjid

No comments:

Post a Comment

Tokoh Negara Malaysia

Rosli Dhobie ·          Sebagai anak muda yang berhati waja daripada kumpulan Rukun 13, beliau tidak bersetuju dengan cara rundingan ya...