SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN BAHASA BAKU
PENGENALAN:
Ø Bahasa
melayu sekarang mula digunakan pada tahun 1972, berkat peranan Jawatankuasa
tetap Bahasa Melayu di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditugaskan menyusun
pedoman ejaan Rumi Negara ini.
Ø Terdapat
26 abjad yang digunakan dalam system tulisan. Lima abjad ia terdiri daripada
vocal a.e.i.o.u .
Ø Terdapat
1 variasi bagifonem {e} iaitu e taling dan e pepet.
Ø Terdapat
3 diftong, iaitu {ai}, {au} dan {oi}. Fonem-fonem tersebut terkandung dalam
perkataan Bahasa Melayu asli dan kata pinjaman.
Ø Fonem-fonem
diftong boleh dibahagian awal, tengah, ataupun akhir perkataan.
BUNYI DAN HURUF:
Ø Abjad
– 26 abjad
Ø Vokal
– 6 {a/e pepet/e taling/i/o/u}
Ø Konsonan
– 21
Ø Digraf
– 5 {kh, gh, ng, ny, sy}
POLA KESELARASAN
VOKAL:
Keselarasan Vokal
|
Contoh Perkataan
|
||
a-a
|
amal
|
baka
|
masak
|
a-i
|
masjid
|
balik
|
alih
|
a-u
|
barut
|
patut
|
datuk
|
e (pepet) -a
|
sedar
|
jelas
|
emak
|
e (pepet) -i
|
betik
|
lentik
|
detik
|
e (pepet) -u
|
telur
|
belum
|
tebus
|
e (taling) -a
|
elak
|
ekar
|
helah
|
e taling e
|
leleh
|
telek
|
remeh
|
e taling o
|
esok
|
bengkok
|
cedok
|
i-a
|
bilang
|
pinang
|
kilas
|
i-i
|
pilih
|
didih
|
sirih
|
i-u
|
tidur
|
hibur
|
hidup
|
o-a
|
otak
|
rosak
|
bosan
|
o-e (taling)
|
oleh
|
boleh
|
toleh
|
o-o
|
obor
|
borong
|
colok
|
u-a
|
ulat
|
bulat
|
tumpat
|
u-i
|
ulit
|
kulit
|
guling
|
u-u
|
untuk
|
buluh
|
suluh
|
EJAAN KATA
PINJAMAN:
·
Penyeseuaian huruf-huruf konsonan tertentu:
- access
menjadi akses
- express
menjadi ekspress
·
Pengguguran satu daripada gabungan huruf
konsonan yang sama:
-
traffic menjadi traffik
·
Penyesuaian huruf bagi gabungan dua
huruf vokal:
-
boot menjadi but
·
Pengekalan gugus konsonan dalam bahasa
Inggeris dengan penyesuaian:
-
block menjadi blok
-
draft menjadi draf
·
Huruf g yang diucapkan sebagai [j]
menurut sebutan BI ditulis sebagai g dan disebut sebagai [g] dalam BM:
-
generation menjadi generasi
-
agent menjadi agen
·
Pengekalan kata yang berakhir dengan –
ism
-
nationalism menjadi nasionalisme
PENULISAN KATA
SENDI NAMA:
Ø Kata
sendi nama ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa nama.
Ø Kata
sendi nama mempunyai tugas dan kehadiran dalam ayat sering disalahgunakan.
a)
Kata sendi nama di:
·
Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan
tempat seperti:
-
di rumah
-
di lorong
·
Tidak boleh menerangkan waktu, masa,
atau zaman:
-
Di pagi hari (salah)
Pada
pagi hari (betul)
-
Di kurun ke-58 (salah)
Pada
kurun ke-58 (betul)
b)
Kata sendi nama ke:
·
Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan
tempat atau arah dan waktu atau masa.
·
Ke
tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan
manusia atau binatang:
-
Ke
pihak polis (salah)
Kepada pihak polis (betul)
-
Ke Ali (salah)
Kepada Ali (betul)
c)
Kata sendi nama daripada:
·
Kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan
punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur
perbandingan.
·
Contoh: - Pemain bola sepak itu menerima
bola daripada lawannya.
PENGGUNAAN TANDA
BACA:
1.
Tanda baca noktah (.)
·
Berakhirnya sesuatu ayat.
·
Digunakan untuk menyatakan singkatan.
·
Contoh: - Hj. Y.B, Abd.
2.
Tanda baca sempang (-)
a)
Sebagai tanda kata ganda.
·
Contoh: rumah-rumah, berlari-lari,
gunung-ganang.
b)
Antara ke dengan angka.
·
Contoh: ke-10, ke-100
c)
Antara huruf kecil dengan huruf besar:
·
Huruf
besar iaitu merujuk kepada tuhan atau nama khas.
·
Tanda sempang ini digunakan untuk
memisahkan huruf besar dengan huruf kecil.
·
Contoh: Hamba-Mu, Rahmat-Nya,
Pro-Malaysia, Pan-Malaysia.
d)
Tanda baca seru (!)
·
Tanda seru hadir di akhir ayat seruan.
·
Salah sekiranya tanda seru diletakkan
selepas kata seru.
·
Contoh: Wah! Cantiknya baju itu.
Sepatutnya: Wah, cantiknya baju itu!
PENULISAN KATA
GANTI NAMA SINGKAT:
Ø 4
singkatan kata ganti nama: kau, ku, mu, nya.
-
Contoh: kulihat, kusedari, kautulis, kausedari
Ø Mu
dan nya bagi nama Tuhan dieja menggunakan huruf
besar pada huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang.
-
Contoh: Ampunilah hamba-Mu ini, ya Tuhan.
-
Contoh: Merek memohon rahmatnya.
PENULISAN
PARTIKEL:
·
4 Partikel: lah, kah, tah dituis
serangkai dengan kata dasar yang
mendahuluinya.
·
Contoh: berilah, diakah, manatah.
·
Partikel juga ditulis serangkai dengan
perkataan yang telah ditentukan iaitu:
1.
Adapun
2.
Sekalipun
3.
Walaupun
4.
Lagipun
APITAN KATA
KERJA:
Ø Men
- kan (membentuk kata kerja transitif aktif daripada semua golongan kata dasar).
Membawa
3 makna iaitu:
-
Membuat sesuatu yang terkandung dalam kata dasar seperti menceritakan, merundingkan.
-
Membawa
maksud kausatif @ menyebabkan spt mengindahkan,
menaikkan, mendirikan.
-
Membawa makna benefaktif @ manfaat spt:
·
Mencarikan – mencari untuk
Ø Ber
– kan (membentuk kata kerja tak transitif). Akhiran – kan dalam apitan ini
ialah kependekan kata sendi nama “akan” yang mewakili kata sendi nama yang lain
spt dengan, pada, tentang.
Contohnya:
·
berdasarkan bukti - berdasar pada bukti
·
bertanyakan khabar – bertanya tentang
khabar
Ø Men
– an (membentuk kata kerja transitif
daripada kata-kata dasar dalam semua golongan dan membawa makna lokatif.
-
akhiran – I boleh mewakili kata sendi nama
di, pada, kepada, untuk, akan, terhadap dan daripada.
·
Contohnya:
-
Membanjiri - menjadi banjir di
-
Memagari - menjadi pagar pada
-
Menghadiahi - memberikan hadiah kepada
-
Mencintai - cinta akan
Ø Di
– i (merupakan bentuk pasif bagi men – i).
Contohnya:
·
menemui (aktif) – ditemui (pasif)
·
memagari (aktif) – dipagari (pasif)
·
meyakini (aktif) – diyakini (pasif)
SISIPAN KATA NAMA:
Ø Sisipan
yang membentuk kata nama ialah – el, er, em
Ø Membawa
maksud sesuatu yang terkandung dalam kata dasar contohnya:
-
kemumur – kelemumur
-
kuncup – kemuncup
SISIPAN KATA ADJEKTIF:
Ø Bentuk
- bentuk sisipan kata adjektif ialah em, el, er, in contohnya:
-
guruh – gemuruh
-
serak – selerak
-
sambung – sinambung
SISIPAN KATA KERJA:
Ø Berdasarkan
bahasa melayu, tiada sisipan yang berlaku tetapi kata nama dan kata adjektif
yang bersisipan boleh menjadi kata kerja melalui proses pengimbuhan. Contohnya:
-
kelupas - berkelupas
-
keruping – berkeruping
PENULISAN KATA GANDA:
Ø Penulisan
bagi perkataan kata ganda hendak menggunakan tanda sempang (-)
-
daun-daun
-
goyang-goyang
-
gunung-ganang
LATIH TUBI:
Kata
Ganti Diri Pertama:
Tunggal:
Aku - digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa
atau dengan Tuhan.
Contoh ayat: "Ya Allah, berikan aku semangat untuk hidup."
Saya - digunakan apabila bercakap dengan
seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
Contoh ayat: "Saya datang dari Brunei" kata Suzie kepada kawannya.
Hamba - digunakan pada diri sendiri pada
zaman dahulu.
Contoh ayat: "Boleh hamba bantu?" kata Ali.
Patik - digunakan oleh rakyat apabila
bercakap dengan raja atau sultan.
Contoh ayat: "Patik mohon ampun, tuanku" kata Laksamana Hang Tuah.
Beta - digunakan oleh raja atau sultan
apabila bertitah kepada rakyat.
Contoh ayat: "Beta akan berangkat esok." Titah Sultan Mahmud.
Jamak:
Kami - digunakan kepada diri orang yang
berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
Contoh ayat: "Kami hendak ke perpustakaan" Rozi berkata mewakili kawan-kawannya.
Kita - digunakan kepada
diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.
Contoh ayat: Kita perlu bersama-sama berjuang untuk kemerdekaan.
KATA GANTI DIRI KEDUA:
Anda - digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak
berhadapan dengan kita.
Contoh ayat: Jauhkan diri anda dengan rokok.
Awak - digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubungannya dengan kita.
Contoh ayat: "Hadiah ini khas untuk awak" kata si suami kepada si isteri.
Engkau - digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga.
Contoh ayat: Ya Allah, Engkaulah Yang Esa.
Tuanku - digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.
Contoh ayat: "Ampun tuanku beribu-ribu ampun" kata Laksamana Hang Tuah.
Kalian - digunakan untuk beberapa orang yang diajak
bercakap.
Contoh ayat: "Kalian hendak ke mana?"
Kamu - digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubungannya dengan kita.
Contoh ayat: "Terima kasih kerana kamu sanggup membantu saya"
KATA GANTI DIRI KETIGA:
Tunggal:
Baginda - digunakan untuk raja, sultan, atau nabi.
Contoh ayat: Baginda ialah Sultan Brunei yang terkenal.
Beliau - digunakan untuk tokoh dan orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa,
guru, dan pemimpin.
Contoh ayat: Pengetua itu disanjungi kerana beliau baik hati.
Dia dan ia - digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
Contoh ayat: Dia seorang yang baik hati. Ali sakit. Ia perlu berehat di rumah.
Jamak:
Mereka - digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.
Contoh ayat: Semua murid bersenam walaupun mereka penat.
KATA KERJA TRANSITIF:
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek daripada frasa nama untuk
melengkapkan maksudnya. Bijak mengurus masa contohnya ialah:
·
Halim
melihat Adam.
(Adam ialah objek yang dilihat oleh Halim)
Kata Kerja
Transitif Aktif
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang
mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata
kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper,
memper...i, dan memper...kan.
Kata Kerja
Transitif Pasif
Kata kerja
transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya
berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di.
5 Ayat Kata Kerja Transtif:
1.
Radio itu didengari Atan.
2.
Burung itu ditangkap oleh seekor
kucing.
3.
Sayur itu dijual oleh Aminah.
4.
Ikan itu dijaja oleh Pak Abu.
5.
Surat itu ditulis oleh ayah.
KATA KERJA TAK TRANSITIF:
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang
dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak
kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata
kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif
berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.
Kata
Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja ini memerlukan
pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya
tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).
Kata
Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap
Kata kerja ini tidak memerlukan
penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.
5 Ayat
Kata Kerja Tak Transitif:
1.
Kami mandi di sungai. (k.kerja tak transitif berpelengkap)
2.
Dia senyum semasa berjalan. (k.kerja tak transitif berpelengkap)
3. Air
sungai beransur surut. (k.kerja tak
transitif berpelengkap)
4. Rumahnya
roboh . (k.kerja tak transitif tak
berpelengkap)
5. Radio itu
berbunyi. (k.kerja tak transitif tak
berpelengkap)
No comments:
Post a Comment