RAGAM AYAT
Ø Dalam bahasa Melayu, terdapat dua ragam ayat iaitu
ayat aktif dan ayat pasif. Ragam ayat berbeza dengan jenis ayat. Jenis ayat
terdiri daripada ayat penyata, tanya, seruan dan perintah. Ragam ayat
menekankan bentuk kata kerja, kedudukan objek, subjek, predikat dan struktur
ayat.
Ø Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek
sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif
transitif dan tak transitif.
Contoh:
(a) Rashid sedang membaca buku. (aktif transitif)
(b) Mereka sedang berbual-bual di anjung rumah. (aktif
tak transitif)
(c) Ibu membelikan adik sehelai baju.
Ø Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal
sebagai subjek atau unsur yang diterangkan dan mengandungi kata kerja. Ayat
pasif berasal daripada ayat aktif transitif yang mengalami perubahan struktur.
Contoh:
(a) Buku itu Kunalan baca.
(b) Panggilan telefon telah dijawab oleh Puan Saloma.
Terdapat empat jenis-jenis ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
(a) ayat penyata
(b) ayat tanya
(c) ayat perintah
(d) ayat seruan: ayat suruhan, ayat larangan, ayat
silaan, ayat permintaan
Ø Ayat Penyata: ayat yang diucapkan dengan maksud
membuat satu pernyataan atau keterangan tentang sesuatu hal.
Contoh:
a. Kakak sedang menyiram bunga.
b. Lembu itu akan dijual.
c. Budak-budak itu bermain di tepi longkang.
Ø Ayat Tanya: ayat yang digunakan dengan tujuan
menanyakan sesuatu hal.
Ø Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu, ayat tanya
dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya.
·
Contoh ayat
tanya dengan kata tanya:
a. Siapakah nama bapa kamu ?
·
Contoh ayat tanya
tanpa kata tanya:
a. Mereka telah bertolak ke Sabah ?
b. Kamu belum hantar buku itu ?
Ø Ayat Perintah: ayat yang digunakan dengan tujuan
untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
Ø Ayat perintah terbahagi kepada:
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan
Ø Ayat Suruhan: diucapkan dengan tujuan memberi
perintah atau arahan.
Contoh:
a. Hantarlah buku itu sebelum pulang.
b. Turunlah dari sini sekarang juga.
Ø Ayat Permintaan: menggunakan kata permintaan seperti
tolong dan minta. Tujuan memohon permintaan dan pertolongan.
Contoh:
a. Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
b. Minta hadirin semua bergerak ke bilik jamuan.
Ø Ayat Larangan: menggunakan kata larangan seperti
jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja. Tujuan untuk menegah seseorang
melakukan sesuatu.
Contoh:
a. Jangan minum air itu.
b. Usahlah menangis lagi.
Ø Ayat Silaan: menggunakan kata silaan seperti sila
dan jemput. Tujuan untuk menjemput atau memepersilakan seseorang.
Contoh:
a. Jemputlah menikmati.
b. Datanglah ke rumah saya.
Ø Ayat Seruan: menggunakan kata seru seperti oh,
amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas. Tujuan untuk melahirkan suatu keadaan
perasaan takut, gembira, marah, takjub, sakit.
Contoh:
a. Amboi, cantiknya baju kamu!
b. Aduh, sakitnya perut aku!
Bentuk-bentuk Ayat
Ø Ayat Tunggal
* Ayaat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu
mempunyai satu subjek dan satu predikat.
* Walaupun binaan ayat tunggal menyamai binaan ayat
dasar tetapi ayat tunggal mempunyai dua susunan yang berbeza, iaitu:
Susunan Biasa = Subjek + Predikat
Contoh:
Puan Mariam / mengemas ruang tamu.
Mereka / bersenam di padang.
Susunan Songsang = Predikat + Subjek
Contoh:
Mengemas ruang tamu / Puan Mariam.
Bersenam di padang / mereka.
* Ayat tunggal boleh terdir daripada ayat penyata, ayat
tanya, ayat perintah, ayat seruan dan sebagainya.
Ø Ayat Majmuk
* Ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal
yang dicanatum dengan kata hubung yang tertentu. Ayat majmuk terbahagi kepada dua jenis,
iaitu:
(a) Ayat
Majmuk Gabungan
* Ayat ini
terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.
*
Ayat-ayat tersebut dicanatumkan dengan kata hubung gabungan seperti “dan”,
“sambil”, “tetapi”, “lalu” dan sebagainya.
*
Ayat-ayat ini setara sifatnya dan boleh berdiri sendiri.
Ayat Majmuk Gabungan = Ayat Tunggal + Kata Hubung + Ayat
Tunggal
Contoh:
Ceramah itu diadakan pada hari Selasa dan Khamis.
(Ceramah itu diadakan pada hari Selasa.) – Ayat Tunggal
(Ceramah itu diadakan pada hari Khamis) – Ayat Tunggal
(b) Ayat
Majmuk Pancangan
* Ayat
majmuk ini terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau beberapa ayata kecil.
*
Ayat-ayat kecil dipancangkan ke dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubung
pancangan
Ayat Utama + Kata Hubung + Ayat Kecil
* Ayat
majmuk ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
(i) Ayat Relatif
*
Ayat majmuk yang menggunakan kata hubung ‘yang’ untuk mencantumkan beberapa
ayat kecil. Perkataan atau frasa yang
sama dalam ayat yang kedua digugurkan.
Ayat Utama + yang + Ayat Kecil
Contoh: Budak lelaki yang berambut keriting itu sangat comel. (Ayat
Relatif)
(Budak lelaki itu sangat comel.) – Ayat Utama
(Budak lelaki itu berambut keriting.) – Ayat Kecil
(ii) Ayat
Komplemen
*
Ayat majmuk yang menggunakan kata hubung ‘bahawa’ atau ‘untuk’ untuk
mencantumkan ayat kecil. Ayat kecil
berfungsi sebagai unsur yang melengkapkan maksud ayat utama.
Ayat Utama + bahawa / untuk + Ayat Kecil
Contoh: Rosnah yakin bahawa dia akan memenangi pertandingan tersebut.
(Ayat Komplemen)
(Rosnah yakin.) – Ayat Utama
(Dia akan memenangi pertandingan tersebut.) – Ayat Kecil
(iii) Ayat
Keterangan
*
Ayat majmuk yang menggunakan kata hubung ‘setelah’, ‘kerana’, ‘sewaktu’,
‘ketika’, ‘walaupun’ dan sebagainya untuk mencantumkan ayat kecil. Ayat kecil berfungsi sebagai keterangan
kepada predikat.
Ayat Utama + setelah/sewaktu/kerana/walaupun/ketika
+ Ayat Kecil
Contoh: Naimah menangais kerana buku rujukannya hilang.
(Ayat Keterangan)
(Naimah menangais.) – Ayat Utama
(Buku rujukannya hilang.) – Ayat Kecil
No comments:
Post a Comment