Tuesday, 12 September 2017

Bab 13: Bentuk dan Jenis Kesantunan

Bentuk dan Jenis Kesantunan

Kesantunan:
-          Verbal
-          Nonverbal
-          Penulisan
-          Teknologi

Kesantunan Verbal:
Ø  Kesantunan berbahasa dari segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan.
Ø  Dalam percakapan, seseorang perlu bersikap santun, iaitu sikap yang berkait rapat dengan upaya untuk melakukan penyesuaian penggunaan kata atau ungkapan yang sesuai dengan situasi. Penyesuaian tersebut sebenarnya digunakan untuk menjaga wajah yang berfungsi sebagai kehormatan seseorang.
Ø  Terdapat lima jenis komunikasi lisan atau verbal yang lazimnya melibatkan tugas guru di sekolah, iaitu perbincangan, pembentangan, ucapan, mesyuarat dan perbualan.

Ciri-ciri Kesantunan Verbal:
Ø  Penggunaan Bahasa Halus. Contoh: terima kasih, selamat pagi, jemput duduk, minta kerjasama.
Ø  Penggunaan Kata Ganti Nama. Contoh: kata ganti nama diri pertama (saya), kata ganti nama diri kedua (beliau), kata ganti nama diri ketiga (mereka).

Kata Ganti Nama Bahasa Diraja:
Ø  Kata Kekeluargaan. Contoh: anakanda, ayahanda, bonda
Ø  Kata Ganti Nama Diri Pertama. Contoh: Beta, Patik
Ø  Kata Ganti Nama Diri Kedua. Contoh: Tuanku
Ø  Kata Ganti Nama Diri Ketiga. Contoh: Baginda, Duli Tuanku

Kata Ganti Nama Orang Kebanyakkan:
Ø  Kata Ganti Nama Keluarga. Contoh: long, ngah, lang, busu
Ø  Gelaran Keluarga. Contoh: paklong, maklong, pak ngah
Ø  Gelaran Pergaulan Biasa. Contoh: cik, puan, encik
Ø  Gelaran Pergaulan Formal. Contoh: tuan, puan, encik, cik, saudara, saudari
Ø  Gelaran Warisan. Contoh: Raja, Tunku, Tuanku
Ø  Gelaran Anugerah. Contoh: Tan Sri, Datuk Seri, Datuk Paduka
Ø  Gelaran Kurniaan Ikhtisas. Contoh: Profesor, Proser Diraja, Doktor, Cikgu
Ø  Gelaran  Keagamaan. Contoh: Haji, Hajah, Labai
Ø  Gabungan Gelaran. Contoh: Pak Haji, Puan Hajah

Cara menghormati orang lain melalui percakapan (verbal):
Ø  Memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada orang lain.
Ø  Menghargai pendapatan dan percakapan orang lain.
Ø  Tidak memperkecilkan atau merendah-rendahkan kebolehan orang lain.
Ø  Mewujudkan persefahaman.
Ø  Melatih diri supaya berkelakuan sopan.
Ø  Menjaga perasaan orang lain.

Kesantunan Nonverbal:
Ø  Merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat.
Ø  Konsep kesantunan berbahasa nonverbal merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.
Ø  Sebagai contoh, nonverbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan buku.

Fungsi Komunikasi Bukan Verbal:
Ø  Mengulangi mesej verbal.
Ø  Sebagai pengganti komunikasi verbal.
Ø  Mengesahkan komunikasi verbal.
Ø  Menunjukkan maksud atau keadaan sebenar.
Ø  Sebagai pelengkap komunikasi verbal.
Ø  Kawal interaksi.

Jenis Kesantunan Bukan Verbal:
Ø  Pergerakkan anggota badan – dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pergerakkan kepala, tangan dan kaki.
Ø  Ekspresi wajah – contohnya air muka, pergerakkan mata, dan senyuman.
Ø  Postur badan – contohnya menundukkan badan, cara berjalan, berdiri dengan tangan dipoket seluar dan duduk menyilang kaki.

Kesantunan Lisan:
Ø  Komunikasi lisan. Dikenali sebagai komunikasi verbal.
Ø  Kebaikannya, mengeratkan silaturrahim antara sesama manusia dan menjalinkan hubungan peribadi antara dua pihak.
Ø  Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan: penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus dan penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila.

·         Penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta.
·         Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:
ü  Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan.
ü  Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus.
ü  Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai.
ü  Penggunaan system panggilan yang betul.
ü  Gaya hidup yang sesuai.
ü  Isi perbincangan yang tidak sensitif.
·         Dari segi bahas tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:
ü  Gaya percakapan yang bersopan.
ü  Pandangan mata yang sesuai.
ü  Gerak laku yang bertatasusila.
ü  Mimik muka (eskpresi wajah) yang sensitive.
ü  Hayunan tangan yang sesuai.
ü  Imej sendiri.
·         Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya haruslah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan.
·         Dalam semua suasana dan urusan kami, kesantunan bahasa haruslah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, sosialinguistik mahupun pragmatiknya.
·         Maksud:
-          Linguistik - ilmu tentang bahasa atau ilmu yang menjadikan bahasa sebagai objek kajiannya.
-          Sosialinguistik - antara disiplin ilmu yang menghubungkan antara penggunaan bahasa dengan budaya yang mempengaruhinya.

Komunikasi secara lisan:
-          Rasmi / Formal – mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato, forum dan lain-lain.
-          Tidak Rasmi / Tidak Formal – perbualan telefon, perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri dan lain-lain.

Ø  Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku.
Ø  Sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau kedai makan masih prlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa.
Ø  Dalam keadaan itu lebih baik digunakan saja sapaan yang neutral seperti ‘cik’ atau ‘saudari’ atau ‘encik’ dan ‘saudara’.
Ø  ‘Encik’ dan ‘Puan’ lebih wajar digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak kita kenal.

·         Bahasa yang digunakan perlulah menepati sopan yang berkaitan dengan sistem sosial.
·         Sebagai contohnya, penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat serta pangkat haruslah menurut system yang telah disahkan oleh pihak berkuasa.

-          Kata ganti diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk diri sendiri seseorang.

Kata Ganti Nama Diri
Bahasa Santun
Bahasa Kasar
Pertama
Saya, kami
Aku
Kedua
Anda, awak
Engkau, kamu
Ketiga
Dia, beliau, mereka
Keparat itu

Kesantunan Penulisan:
Ø  Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang.
Ø  Kesantunan berbahasa juga dapat dilihat dalam bahan bertulis.
Ø  Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal.
Ø  Bentuk komunikasi secara formal ialah:
a.       Surat kiriman rasmi
b.      Laporan
c.       Kertas kerja
d.      Ucapan rasmi
e.       Pidato
f.       Minit mesyuarat

Ø  Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada rakan, ahli keluarga, ibu bapa dan lain-lain.
Ø  Dalam bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah:
a.       Penggunaan kata panggilan yang betul
b.      Kata sapaan yang betul
c.       Gaya bahasa yang betul
d.      Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
e.       Isi yang tidak sensitif

Strategi Kesantunan Negatif / Formal:
ü  Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya.
ü  Biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara atasan dengan bawahan dan antara orang muda dengan orang yang lebih tua.

Strategi Kesantunan Positif / Keakraban:
ü  Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga positif pendengar.
ü  Biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan akrab.

Protokol Pnggilan Hormat:
Pangkat / Gelaran
Cara Mengalamatkannya
Yang di-Pertuan Agong
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong
Yang di-Pertua Negeri
Tuan Yang Terutama
Raja Muda / Tengku Mahkota
Duli Yang Teramat Mulia
Perdana Menteri
Yang Amat Berhormat
Timbalan Perdana Menteri
Yang Amat Berhormat
Menteri Besar / Ketua Menteri
Yang Amat Berhormat
Menteri / Timbalan Menteri
Yang Berhormat
Wakil Rakyat / ADUN
Yang Berhormat
Ahli Dewan Negara / Senator
Yang Berhormat Senator


Bab 12: Laras Bahasa

LARAS BAHASA
·         Laras ialah gaya dan penggunaan sesuatu bahasa.
·         Gaya memupuk kepada pelisanan dan penulisan.
·         Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan.

Perbezaan Laras Bahasa
·         Bahasa – Pengguna - Dialek
                Penggunaan - Laras

Mengapakah laras bahasa digunakan?
Terdapat:
·         Ciri-ciri keperihalan
-          Situasi luaran
-          Situasi persekitaran
·         Ciri-ciri linguistik
-          Aspek bunyi
-          Aspek perkataan
-          Aspek ayat

·         Situasi Luaran
a.       Latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.
b.      Merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat.

·         Situasi Persekitaran
a.       Cara penyampaian
b.      Perhubungan social dan peribadi
c.       Bahan
d.      Fungsi sosial

·         Ciri-ciri Linguistik
a.       Aspek bunyi
b.      Aspek perkataan
c.       Aspek ayat
·         Jenis-Jenis Laras Bahasa
-          Laras Bahasa Biasa
-          Laras Bahasa Iklan /  Perniagaan
-          Laras Bahasa Sains
-          Laras Bahasa Media Massa
-          Laras Bahasa Rencana
-          Laras Bahasa Undang-Undang
-          Laras Bahasa Agama
-          Laras Bahasa Sukan
-          Laras Bahasa Sastera / Kreatif
-          Laras Bahasa Ekonomi
-          Laras Bahasa Akademik

·         Laras Bahasa Biasa
-          Tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu.
-          Penggunaan dalam perbualan harian.
-          Tiada istilah khusus.
-          Tiada terdapat istilah teknikal.
-          Bentuk laras bahasa biasa tidak formal.
-          Bentuk laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan.
-          Contoh: Hai Mat ! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?

·         Laras Bahasa Iklan / Perniagaan
-          Untuk menyampaikan maklumat berkesan.
-          Pemberitahuan fakta yang jelas amat dipentingkan.
-          Ayat ringkas dan pendek (banyak guna kata sifat)
-          Sifat bahasa imaginatif dan kreatif
-          Penggunaan bahasa retorik
-          Tidak mementingkan tatabahasa.
-          Contoh: Percuma, sebiji lampu suluh bermutu tinggi dengan setiap pembelian minyak Unicorn empat liter.

·         Laras Bahasa Sains
-          Laras ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal, dan menidakkan bahasa basahan.
-          Istilah sains dan teknikal adalah banyak.
-          Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta.
-          Ada istilah pinjaman.
-          Terdapat banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif.
-          Contoh: Apabila akson berada berada dalam keadaan rehat kepekatan ion pada tiap-tiap sisi selaput itu amat berbeza, iaitu selaput itu terkutub.

·         Laras Bahasa Media Massa
-          Peranan media massa adalah untuk melapor dan menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca.
-          Laras media massa tidak mementingkan tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung.
-          Tiada istilah teknikal dan khusus.
-          Judul berita disampaikan dalam tiga bentuk:
-          Ringkas, misalnya Kedah Juara TigaPiala 2007, Piala 2007.
-          Tafsiran, misalnya Peningkatan Jumlah Tafsiran, misalnya Peningkatan JumlahKenderaan Punca Jerebu. Kenderaan Punca Jerebu.

·         Laras Bahasa Rencana
-          Bersifat umum.
-          Menampilkan berbagai-bagai idea tentang sesuatu isu.
-          Gaya bahasa mudah difahami.
-          Melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun terperinci.
-          Contoh: Oleh kerana baru dilancarkan, kejayaan model terbaru Proton, ‘Proton Satria GTI’, masih belum dapat diukur. Pelbagai aspek seperti pilihan pembeli, factor reka bentuk, kemudahan mendapatkan alat ganti dan ketahanannya perlu diambil kira. Model terbaru ini pastinya berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum model ini berkemampuan untuk menguasai pasaran dalam dan luar negara.

·         Laras Bahasa Undang-Undang
-          Teks bersabit dengan perundangan yang mengandungi prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen)
-          Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa inggeris.
-          Makna kosa kata berdasarkan intepretasi.
-          Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan kejelasan dipentingkan.
-          Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat.
-          Binaan ayat adalah panjang.
-          Contoh: Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan.

·         Laras Bahasa Agama
-          Membincangkan isu agama.
-          Ada istilah pinjaman.
-          Terdapat petikan.
-          Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk pengajaran.
-          Contoh dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman, lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala.

·         Laras Bahasa Sukan
-          Menyampaikan maklumat kegiatan sukan.
-          Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas.
-          Ada istilah aktiviti sukan.
-          Kosa kata mudah difahami.
-          Contoh: Perak menjuarai kejohanan bola sepak piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.

·         Laras Bahasa Sastera / Kreatif
-          Laras bahasa terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman.
-          Ada istilah khusus tentang sastera.
-          Bersifat figuratif (penyimpanan makna daripada bahasa biasa)
-          Mementingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa tersirat.
-          Ada unsur seperti metafora, kiasan,imejan, personifikasi, dan hiperbola.
-          Bernada puitis dan bersifat komunikatif.
-          Contoh: Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora.

·         Laras Bahasa Ekonomi
-          Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi.
-          Ada istilah teknikal ekonomi.
-          Tidak mengutamakan struktur ayat.
-          Gaya bahasa formal.
-          Maklumat jelas dan eksplisit.
-          Fakta berdasarkan bukti data dan statistik.
-          Contoh: Jumlah dagangan negara melonjak ke tahap yang tertinggi sebanyak RM 880.37 bilion pada tahun 2004, didorong oleh sektor eksport yang turut merekodkan nilai terbesar dalam sejarah ekonomi negara.

·         Laras Bahasa Akademik
-          Bersifat ilmiah, formal dan objektif.
-          Gaya bahasa menunjukkan kematangan dan keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan).
-          Ada kesempurnaan bahasa (kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan, dan keindahan).
-          Istilah bersifat khusus dan sukar difahami oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi.
-          Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk.
-          Mengutamakan pemaparan, perbincangan, dan penghuraian.
-          Ada format seperti nota kaki,bibliografi dan indeks.
-          Contoh laras sains dan bidang biologi: sel-sel kelenjar kolon merembeskan mucus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon ke arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembeskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembeskan bersifat alkali.

·         Kepentingan Laras Bahasa
-          Laras bahasa amat penting.
-          Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu dan dapat menjadi ukuran maju-mundurnya.
-          Perbandingan jumlah laras bahasa Melayu sebelum dan sesudah merdeka, misalnya dapat membuktikan hakikat bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang amat pesat – bertambah dengan pesat.
-          Penutur-penutur bahasa Melayu sewajarnya mengenali laras-laras utama bahasa Melayu.
-          Laras baru seharusnya dipelajari sebagai satu kemahiran. – Dicadangkan pada tahap persekolahan lagi.






Tokoh Negara Malaysia

Rosli Dhobie ·          Sebagai anak muda yang berhati waja daripada kumpulan Rukun 13, beliau tidak bersetuju dengan cara rundingan ya...