Thursday, 14 September 2017

Tokoh Negara Malaysia

Rosli Dhobie
·         Sebagai anak muda yang berhati waja daripada kumpulan Rukun 13, beliau tidak bersetuju dengan cara rundingan yang dijalankan kerana banyak merugikan rakyat Sarawak. Bagi beliau, penentangan harus dibuat secara radikal dan kekerasan untuk mengajar pihak British  dan memberi amaran kepada penjajah bahawa rakyat Sarawak yang selama ini ditindas juga mampu bangkit.

·         Dilahirkan di Kampung Pulo, Sibu pada tahun 1932. Rosli Dhobie dibesarkan dengan penuh kasih sayang dalam sebuah keluarga sederhana yang terdiri daripada seorang kakak iaitu Fatimah dan seorang adik perempuan iaitu Ainie. Rosli memulakan kerjayanya sebagai guru di Sekolah Rakyat Sibu pada tahun 1947. Beliau amat meminati karya-karya golongan nasionalis nusantara seperti Jose Rizal dan Soekarno. Beliau turut mempunyai bakat dalam bidang penulisan. Dengan menggunakan nama samaran Lidros, beliau menulis puisi tentang kebangkitan menentang penjajah. Puisinya "PanggilanMu Yang Suci " telah tersiar dalam Utusan Sarawak pada 28 Februari 1948. Penggunaan nama pena ini bertujuan untuk menyukarkan pihak British mengesan penulisnya yang melaungkan agenda kemerdekaan dan anti penjajah.

·         Selepas tamat perang Dunia Kedua, Vyner Brooke berhasrat untuk menyerahkan Sarawak kepada British sebagai Tanah Jajahan Mahkota tanpa mewariskannya kepada anak beliau, Anthony Brooke yang dianggap kurang cekap dalam menguruskan hal-ehwal pentadbiran negeri. Rundingan demi rundingan yang dilaksanakan oleh pemimpin kaum untuk menghalang penyerahan Sarawak tetap tidak membuahkan hasil.

·         Keadaan ini sangat mengecewakan banyak pihak terutama golongan belia daripada Pertubuhan Pemuda Seluruh Sarawak yang turut ditunjangi oleh Barisan Pemuda Sibu yang secara langsung terbabit dalam Gerakan Anti Penyerahan Sarawak. Golongan pemuda ini melihat rundingan diplomatik tidak lagi berguna, tambahan tarikh perlantikan Gabenor baharu British juga sudah kian hampir lalu mereka menubuhkan Kumpulan Rukun 13 yang memikul amanah mempersiapkan perancangan rapi untuk menggagalkan sebarang percubaan menabalkan Gabenor Sarawak.


·         Mereka sebulat suara berpendapat bahawa tindakan yang paling berkesan ialah menamatkan riwayat sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Gabenor Sarawak. Pemimpin gerakan tersebut telah memilih Rosli Dhobie dengan dibantu oleh Morshidi Sidek, Awang Ramli, Amit Mohd Deli dan Bujang Suntong untuk melaksanakan tindakan tersebut. Rosli dipilih untuk melaksanakan serangan nekad dengan menikam Sir Duncan Steward kerana usianya yang masih muda tidak akan menimbulkan sebarang syak wasangka British serta beliau dijangka dapat melepasi pemeriksaan ketat dengan mudah pada hari pertabalan Sir Duncan Steward.

·         Rosli Dhobie faham risiko yang akan dihadapinya, namun demi negeri Sarawak dan semangat kebangkitan Sarawak, beliau rela berhadapan bahaya asalkan perjuangannya dapat menginspirasikan gelombang anti-British. Beliau adalah simbol wira Sarawak sejati dan mendukung teguh prinsip perjuangan mendaulatkan Sarawak dan menentang kehadiran British.

·         Pada 3 Disember 1949, ketika Gabenor Sarawak disambut di Jeti Sibu dalam rangka lawatan ke bandar-bandar utama di Sarawak, beliau telah menikam Gabenor British itu sehingga meragut nyawanya.

·         Serangan itu amat mengejutkan semua delegasi yang mengiringi Gabenor Inggeris tersebut dan beliau telah ditangkap ketika itu juga lalu dihantar ke Kuching sebagai seorang banduan. Beliau bersama-sama dengan Awang Ramli, Amit Mohd Deli, Morshidi Sidek dan Bujang Suntong dibicarakan dan didapati bersalah. Kesemua mereka dijatuhi hukuman mati, sementara Rosli Dhobie dipenjara sehingga 3 Mac 1950 bagi menunggu usia beliau genap mencapai dewasa sebelum menjalani hukuman tersebut. Beliau digantung pada usia 18 tahun, dan kisah beliau ditafsirkan dalam pelbagai versi, namun apa yang pasti beliau adalah wira Sarawak yang sejati.

·         Keberanian Rosli Dhobie terus segar dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia khasnya rakyat Sarawak. Nama beliau terus terpahat sebagai pejuang Borneo yang berani mempertahankan hak dan teguh dengan prinsip perjuangan malahan turut memberi pengaruh kepada pejuang-pejuang lain untuk bangkit menyuarakan hak-hak mereka.





Tuesday, 12 September 2017

Bab 9: Frasa Dan Klausa

Frasa dan Klausa
DEFINISI FRASA DAN KLAUSA

Ø  Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih (Lokman Abd Wahid dalam Dr Ali Mahmood et al, 2004:99). Binaan Frasa tidak mengandungi subjek dan predikat. Dalam susunan tatabahasa, frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen kepada frasa itu sendiri. Frasa terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
            Klausa pula ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen ayat (Lokman Abd Wahid dalam Dr Ali Mahmood et al, 2004:99). Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.  Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat lengkap, manakala klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri kerana maknanya bergantung kepada klausa bebas.

PROSES PEMBENTUKAN FRASA DAN KLAUSA
Ø  Proses pembentukan frasa berlaku apabila wujudnya urutan penempatan jenis kata atau frasa dalam frasa (Ahmad Khair Mohd Nor, 2003:24). Urutan atau susunan kata ini seterusnya akan membentuk frasa. Urutan kata ini sangat penting kerana perbezaan susunan kata boleh menyebabkan makna frasa tersebut berubah. Sebagai contoh, frasa 'tahun tiga' adalah tidak sama maknanya dengan frasa 'tiga tahun'.
Ø  Disamping itu, dalam susunan tersebut juga dimasukkan fungsi kata atau frasa sebagai pembentuk frasa tersebut (Ahmad Khair Mohd Nor, 2003:25). Sebagai contoh, frasa 'rumah itu' terdiri daripada kata 'rumah' dan kata 'itu'. Kata 'rumah' merujuk kata nama yang berfungsi sebagai inti, dan kata 'itu' merujuk kata ganti tunjuk yang berfungsi sebagai penerang kepada kata 'rumah'. Inti adalah unsur wajib dalam frasa dan merupakan pusat dalam satu frasa. Penerang inti pula tersiri daripada satu atau sekumpulan kata yang memberi maklumat lanjut tentang inti. Oleh yang demikian, secara mudahnya dapatlah diterangkan bahawa frasa terbentuk dengan adanya inti dan penerang kepada inti tersebut.
Ø  Tuntasnya, frasa terbentuk dengan adanya urutan penempatan jeis kata dalam sesuatu frasa. Susunan ini terdiri daripada inti dan penerang, yang mana inti adalah unsur wajib yang perlu ada dalam sesebuah frasa dan perlu disertai dengan penerang yang akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang inti.
Ø  Bagi klausa pula, klausa terbentuk dengan adanya subjek dan predikat dalam satu rangkai kata. Sebagai contoh, 'dia belum datang'. Subjek bagi klausa tersebut ialah 'dia', manakala predikatnya ialah 'belum datang'. Susunan ini jelas sekali menunjukkan bagaimana sesebuah klausa itu terbentuk, iaitu dengan adanya subjek dan predikat di dalamnya.
Ø  Secara ringkasnya, klausa adalah binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat dalam satu rangkai kata. Namun begitu, klausa adalah berbeza dengan ayat. Klausa hanya berfungsi sebagai konstituen kepada ayat.

FUNGSI FRASA DAN KLAUSA
Ø  Frasa dan klausa mempunyai fungsinya tersendiri dalam sesebuah ayat. Frasa seperti yang kita ketahui terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Frasa-frasa ini merupakan komponen utama dalam sesebuah ayat. Frasa nama misalnya, boleh menjadi subjek dan predikat dalam ayat, sementara frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama berfungsi sebagai predikat yang melengkapkan sesebuah ayat. Oleh yang demikian, fungsi frasa adalah sebagai subjek dan predikat kepada ayat.
Ø  Selain itu, frasa juga berfungsi untuk menentukan pola ayat dengan kehadirannya dalam sesebuah binaan ayat. Dalam bahasa Melayu, binaan ayat terdiri daripada empat pola yang utama, iaitu :
                      i.        Frasa Nama + Frasa Nama
                     ii.        Frasa Nama + Frasa Kerja
                   iii.        Frasa Nama + Frasa Adjektif
                   iv.        Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Ø  Oleh yang demikian, dengan wujudnya frasa, kita dapat menentukan kedudukan frasa tersebut dalam sesebuah ayat melalui pola-pola ayat yang  wujud. Dalam bahasa mudahnya, apabila kita tahu kategori frasa tersebut, maka kita akan dapat tahu dimanakah frasa tersebut perlu diletakkan.
Ø  Selain itu, frasa juga berfungsi sebagai objek atau penyambut kepada kata kerja transitif dalam binaan ayat . Hal ini terbukti kerana menurut aturan bahasa, objek atau penyambut haruslah terdiri daripada frasa nama. Ini jelas sekali menunjukkan fungsi frasa sebagai objek atau penyambut dalam sesebuah ayat.
Ø  Bagi klausa pula, klausa berfungsi sebagai konstituen kepada ayat. Konstituen adalah unsur bahasa yang merupakan satu bahagian daripada satuan bahasa yang lebih besar. Sebagai contoh, dalam ayat 'Wanita itu menyiram pokok bunga dan suaminya membasuh kereta. Dalam ayat tersebut terdapat dua klausa, iaitu 'wanita itu menyiram pokok bunga' dan 'suaminya membasuh kereta'. Kedua-dua klausa ini apabila digabungkan, maka ayat tersebut terdiri daripada subjek; 'Wanita itu' dan predikatnya; menyiram pokok bunga dan suaminya membasuh kereta'. Dalam hal ini, klausa suaminya membasu kereta menjadi predikat ayat dan menjadi bahagian daripada klausa 'wanita itu menyiram pokok bunga'.
Ø  Selain itu, klausa juga berfungsi untuk membezakan fungsi sintaksis seperti subjek, predikat, objek, pelengkap dan keterangan. Dengan wujudnya klausa, kita akan lebih mudah mengenal pasti perbezaan unsur-unsur sintaksis. Dengan ini jelaslah fungsi klausa dalam bahasa, iaitu sebagai konstituen dalam ayat dan juga berfungsi untuk membezakan fungsi sintaksis.

Ø  Frasa ialah sekumpulan perkataan. Pendeta Za'ba menyebutnya sebagai rangkai kata. Tetapi , satu perkataan pun boleh menjadi frasa.
Ø  Contoh: burung
              tiga ekor burung
              tiga ekor anak burung helang
             
              ketua
              ketua kampung
              seorang ketua kampung
              tiga orang ketua kampung seberang

Ø  Klausa ialah ayat dalam ayat. Pendeta Za'ba memanggilnya ayat kecil . Oleh itu klausa mempunyai subjek dan predikat.
Ø  Contoh:
Ayah pergi ke laut menangkap ikan dan emak bekerja di kilang elektronik.
Ayat 1 : Ayah pergi ke laut menangkap ikan.
Ayat 2 : Emak bekerja di kilang elektronik
Kata hubung : Dan



Bab 14: Bentuk Komunikasi Di Khalayak

Bentuk Komunikasi Di Khalayak

Ø  BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI DI KHALAYAK
a.       Pidato/Syarahan
b.      Perbahasan
c.       Forum
d.      Ucapan
e.       Temuramah
f.       Pengacaraan majlis
g.      Taklimat
h.      Pengendalian mesyuarat
i.        Ulasan dan komentar

Ø  PIDATO / SYARAHAN
ü  Pengucapan yang disampaikan secara individu kepda khalayak untuk menjelaskan dan menghuraikan sesuatu topik.
ü  Mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan.

Ø  Penyediaan teks pidato / syarahan           
Pembuka Kata
Isi atau amanat
·         Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan syarahan yang berkenaan.
·         Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi syarahan.
·         Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu diberikan dalam bahagian ini.
Penutup Isi/amanat
Penutup
·         Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam syarahan tadi.
·         Merupakan bahagian yang terakhir.
·         Dalam bahagian ini, pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar syarahan tadi akan memanfaatkan para hadirin.

Ø  ASPEK-ASPEK PENTING DALAM PENYAMPAIAN SYARAHAN YANG BERKESAN
ü  Kelancaran
·         Berkeyakinan tinggi terhadap diri dan pengetahuan yang sedia ada.
·         Elak menggunakan wacana seperti ‘eh’, ‘em’, atau ‘ya’.
·         Sampaikan syarahan mengikut tempoh sederhana, elakkan terlalu laju atau perlahan.

Ø  Nada dan Intonasi
ü  Suara sedap didengar dan menarik.
ü  Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang tertentu. Contohnya:
·         Nada tinggi dan bersemangat: apabila hendak menarik minat atau perhatian.
·         Nada perlahan: apabila hendak merayu dan meminta simpati.
·         Nada sederhana tetapi mesra: apabila memujuk
·         Nada propaganda: apabila hendak mempengaruhi pendengar.
·         Nada tinggi dan lantang: apabila hendak membakar emosi pendengar.

Ø  Kecekapan Berbahasa
ü  Syarahan yang berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang tepat dan indah.
ü  Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik:
·         Pemilihan penggunaan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis.
·         Aras bahasa bersesuaian dengan audien.
·         Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam syarahan untuk menarik minat audien. Contohnya: pantun, bahasa kiasan, peribahasa, dan juga perumpamaan.
·         Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik minat.
·         Penggunaan laras bahasa yang sesuai dengan tajuk dan audien.
·         Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab.

Ø  Gaya Penyampaian
ü  Gerak tangan, mata dan badan hendaklah diselaraskan untuk menekankan fakta.
ü  Jangan kaku atau beraksi berlebihan.
ü  Mimik muka ikut penekanan suara iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila gundah, marah apabila emosi tinggi.
ü  Pandang tepat ke arah audiens untuk mewujudkan ‘eye contact’ yang sesuai.
ü  Selitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan tunjukkan wajah yang terlalu serius.
ü  Pakaian kemas dan sesuai dengan majlis.

Ø  PERBAHASAN
ü  Syarat-syarat perbahasan:
·         Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang peserta utama (seorang ketua dan 2 orang pembantu) dan seorang simpanan.
·         Peserta pertama diberikan masa selama 7 minit.
·         Peserta kedua dan ketiga diberikan masa selama 6 minit.
·         Penggulung diberikan masa selama 7 minit.
·         Penggulung ialah peserta pertama bagi setiap pasukan.
·         1 minit sebelum masa tamat, loceng amaran akan dibunyikan sekali. Apabila masa sudah tamat, loceng akan dibunyikan 2 kali. Markah tidak akan diberikan kepada sebarang hujah yang disampaikan oleh pembahas setelah loceng penamat dibunyikan.
·         Pembahas tidak dibenarkan mengkritik peribadi pihak lawan, orang tertentu, agama dan kebudayaan sesuatu kaum tertentu serta mengemukakan isu-isu sensitif. Markah akan ditolak sekiranya pembahas melanggar peraturan ini.
·         Pengerusi berhak menegur sesiapa yang melanggar peraturan-peraturan tersebut. Sekiranya pembahas tidak menghiraukan tegurannya, pengerusi berhak menghentikan perbahasan pembahas itu.

Ø  Ciri-ciri Pembahas Terbaik
ü  Keilmuan
·         Memahami tajuk dengan jelas – isi, fakta, contoh dan bukti perlu dikuasai.
·         Analisis tajuk dengan teliti.

ü  Kecekapan Berbahasa
·         Disarankan supaya dapat menguasai tatabahasa dengan baik.
·         Mahir menggunakan bahasa yang bertatasusila supaya dapat menaympaikan maksud dengan jelas dan tepat.
·         Bahasa yang digunakan mudah difahami dan tidak mengelirukan.

ü  Gaya Penyampaian
·         Lancer semasa berhujah.
·         Kesesuaian nada dan intonasi dititikberatkan.
·         Kawal emosi dan pandai sesuaikan mimik muka serta gerak lakunya dengan keadaan.

Ø  PENYEDIAAN TEKS
ü  Persiapan rapi
·         Persediaan sebelum memulakan ucapan.
·         Kecekapan berbahasa dalam bahasa yang digunakan.
·         Pengetahuan yang mendalam.
·         Sikap suka bertanya, suka mendengar, berfikiran kritis.

ü  Memancing pendengar
·         Ucapan dimulakan dengan ungkapan-ungkapan yang dapat menarik perasaan dan hati para khalayak.
·         Fokus “siapa yang akan hadir”.

ü  Mengadun Maklumat
·         Mengumpul maklumat, data dan statistik.
·         Hubungkaitkan maklumat-maklumat itu.

ü  Menfokuskan kepada tema
·         Penting, tidak lari daripada tema, masa, dan juga khalayak.
·         Mencari beberapa maklumat daripada pelbagai sumber.

Ø  Mendapatkan apresiasi dengan tepukan gemuruh
ü  Satu penghargaan daripada pendengar.
ü  Perlu bersedia dengan statistik, anekdot, contoh, perbandingan dan retorik.
ü  Jangan ambil contoh, statistic yang salah dengan tema ucapan.
ü  Contohnya:
·         Tema penagih dadah di Malaysia.
(perlu dapatkan statistik terperinci dari KKM)

Ø  Statistik dan Anekdot
ü  Data yang sebenar (bil/peratus dan tinggi/rendah)
ü  Secara tidak langsung meningkatkan kepercayaan pendengar.
ü  Anekdot merupakan cerita atau peristiwa yang digunakan untuk mengukuhkan lagi ucapan.

Ø  Contoh dan Perbandingan
ü  Kita perlu memberi contoh yang boleh menyentuh perasaan dan lebih kepada perubahan positif.

Ø  Bermain dengan Retorik
ü  Retorik ialah ungkapan-ungkapan yang diulang-ulang, ditekankan maksud yang hendak serta dapat menaikkan semangat khalayak yang mendengar.
ü  Contohnya:
·         Ketika kempen plihanraya.
·         Perhimpunan “sempena peperiksaan yang bakal dihadapi pelajar”.

Ø  FORUM
ü  Sebuah majlis perbincangan mengenai sesuatu perkara dan persoalan.
ü  Khalayak bertukar-tukar pendapat dengan penceramah.
ü  Dikawal oleh seorang fasilitator.
ü  Lazimnya terdapat tiga atau empat penceramah.
ü  Bentuk-bentuk forum:
·         Forum Panel
·         Forum Perbahasan
·         Forum Temu Ramah
·         Forum Kuliah
·         Forum Simposium

Ø  Forum Panel
ü  3-5 orang.
ü  Tajuk diberikan terlebih dahulu untuk membuat persediaan.
ü  Semasa forum berlangsung, pengerusi mengemukakan persoalan untuk memudahkan panel-panel membentangkan pendapat mereka.
ü  Akhir forum, pengerusi membuka majlis untuk penonton menanyakan soalan / pandangan.
ü  Pengerusi membuat kesimpulan.

Ø  Forum Perbahasan
ü  4 orang ahli panel.
ü  Tajuk bersifat kontroversial.
ü  Tajuk diberikan terlebih awal kepada panel untuk membuat persediaan.
ü  Semasa forum, panel bergilir-gilir bentang hujah mereka menerusi pengerusi forum.

Ø  Forum Temu Ramah
ü  Mirip kepad aktiviti menemuramah seseorang tokoh.
ü  Biasanya, pakar rujuk dijemput untuk menyampaikan pendapat dan fakta secara spontan melalui soalan-soalan yang dikemukakan oleh pengerusi.
ü  Selepas itu, sesi soal jawab diadakan antara penonton dengan pakar.

Ø  Forum Kuliah
ü  Seorang pakar dijemput untuk sampaikan kuliah.
ü  Selepas itu, penonton akan berinteraksi sesama sendiri.

Ø  Forum Simposium
ü  3 atau 4 orang ahli.
ü  Setiap ahli diberikan tajuk untuk sediakan kertas kerja.
ü  Selepas itu, bentang kertas kerja secara bergilir-gilir.

ü  Pengerusi membuka majlis soal jawab.

Tokoh Negara Malaysia

Rosli Dhobie ·          Sebagai anak muda yang berhati waja daripada kumpulan Rukun 13, beliau tidak bersetuju dengan cara rundingan ya...